Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

258) KOMPETENSI KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila jelaskan sistem yang digunakan oleh kerajaan untuk menilai prestasi dan kompetensi jabatan-jabatan negeri, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat dari pelbagai aspek.

    Kerajaan menggunakan  Anugerah   Pengurusan            Pejabat   Dan              Pentadbiran Cemerlang  (APPC)           untuk menilai prestasi dan kompetensi jabatan-jabatan negeri, badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat dari pelbagai aspek. APPC telah mula dilaksanakan sejak tahun 2006 yang bertujuan untuk menilai prestasi dan seterusnya mengiktiraf kecemerlangan pengurusan organisasi sektor awam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. APPC merupakan satu platform untuk mewujudkan persaingan sihat antara jabatan/agensi dalam meningkatkan       prestasi             sistem     pentadbiran    serta     kualiti    penyampaian perkhidmatan secara berkesan. APPC juga bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada jabatan/agensi yang boleh dijadikan contoh dan ikutan, serta memberi      pengaruh      yang                positif      terhadap   sistem     penyampaian perkhidmatan awam

    Kriteria Penilaian APPC di cadang untuk diteruskan dengan menggunakan kriteria Star Rating sepertimana yang telah dilaksanakan sejak tahun 2009. Walau bagaimanapun, kriteria ini telah ditambah baik mengikut kesesuaian proses kerja jabatan/ agensi di Negeri Selangor melalui Lab Pemantapan Kriteria APPC pada tahun 2012. Kriteria Penilaian ini terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan pelanggan Penilaian akan dilaksanakan di semua 41 jabatan/agensi dengan kaedah On Site Assessment oleh panel penilai yang telah dilantik.                                                                                  Hasil   penilaian   daripada lawatan pemeriksaan di jabatan/agensi akan dibincangkan dan diperhalusi semasa Bengkel Pemarkahan APPC. Keputusan pemenang APPC akan disahkan di dalam Mesyuarat Pemandu Inovasi atau oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan kompetensi kerajaan?

    Penyediaan dan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang adalah fokus utama sesuatu organisasi dan APPC merupakan suatu program penilaian berstruktur untuk mengukur tahap kecemerlangan perkhidmatan organisasi. Dalam memastikan APPC adalah sentiasa releven, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan, penambahbaikan secara berterusan dilaksanakan mengikut keperluan dan kehendak

     

    Langkah-langkah untuk meningkatkan kompetensi adalah dengan memberi teguran-teguran semasa penilaian untuk penambahbaikan oleh jabatan/agensi berkenaan. Setiap teguran harus diambil tindakan supaya penambahbaikan dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan. Semakan terhadap teguran-teguran itu akan dibuat semasa penilaian tahun hadapannya. Di samping itu pemberian ganjaran dan pengiktirafan kepada jabatan/agensi yang menang adalah salah satu langkah untuk meningkatkan motivasi di antara jabatan/agensi. Bagi tahun 2013, perubahan dalam pemberian ganjaran telah dilaksanakan di mana hadiah kategori bagi setiap sub-komponen (8 komponen) telah diwujudkan. Dengan ini, terdapat banyak jabatan/ agensi yang boleh menerima hadiah selain daripada pemenang Anugerah Menteri Besar Selangor, Anugerah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Hadiah Ketiga.

Lampiran

Tiada Lampiran.