Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
254) LALUAN BASIKAL
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Untuk mengamalkan gaya hidup sihat, apakah rancangan negeri untuk menggalakkan orang ramai dalam aktiviti berbasikal?
Kerajaan Negeri telah menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan laluan berbasikal berasingan di kawasan yang bersesuaian mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Sehingga kini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah menyiapkan 3 laluan berbasikal iaitu di Seksyen 4 dengan jarak sejauh 2.1 km (kos: RM400,000), di kawasan utara Pusat Bandar Shah Alam sedang di dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh 6.9 km (kos: RM 4.8 Juta) dan di kawasan selatan Pusat Bandar Shah Alam dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh 7.0 km (Kos: RM4.8 juta).
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula telah menyiapkan 3 laluan berbasikal iaitu di Damansara Damai PKU10 dengan jarak sejauh 5.5 km (Kos: RM 380,000), di Ara Damansara PKU1 dengan jarak sejauh 7.5 km (Kos: RM 520,000) dan di Kota Damansara dalam proses pembinaan dengan jarak sejauh11 km (Kos: RM1.3 juta).
Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya turut prihatin untuk menyediakan laluan berbasikal di kawasan Puchong Perdana dan ianya masih di dalam proses penyediaan dokumen tender.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina laluan basikal di kawasan Puchong?
Bagi permulaan pihak Majlis telah membina laluan berbasikal bagi Program Zon Bersih 2013 di kawasan Puchong Perdana dan panjang laluan tersebut kira-kira
2 km dan pelaksanaan projek ini akan diteruskan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti sesuai untuk dijadikan laluan basikal bagi kemudahan penduduk di MPSJ.