Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

249) CADANGAN LEBUH RAYA KINRARA DAMANSARA (KIDEX)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kelulusan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada pembinaan Lebuh raya?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) 6/20112 yang bersidang pada 15 Februari 2012 secara dasarnya telah bersetuju dengan Projek Lebuh raya KIDEX dan jajaran-jajarannya.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri berpendirian seperti berikut:

     

    • penswastaan hendaklah meletakkan keutamaan dan kepentingan rakyat Malaysia amnya dan Selangor kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat;

     

    • kos hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan, apabila projek siap maka pulangan hasil (revenue) yang diswastakan (privatise the revenue, not the cost); dan

     

    • kos juga perlu mengambil kira international risk dan return reward.

     

  2. Apakah status kelulusan yang masih diperlukan sebelum pembinaan boleh dimulakan?

    Status kelulusan projek pembinaan Lebuh raya Kinrara – Damansara (KIDEX) kini adalah di dalam proses terakhir penyediaan deraf perjanjian konsesi (concession agreement – CA) di antara pihak Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) bersama pihak konsesi lebuh raya yang

     

    Walau bagaimanapun, menurut kepada CA ini pihak konsesi diberi tempoh masa selama 12 bulan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan seperti mengemukakan ‘Financial Closure’ dan ‘Public Opinion Survey’ sebelum CA tersebut dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.