Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
239) PEMBANGUNAN BANDARAYA SHAH ALAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan Bandaraya Shah Alam dalam tempoh 5 tahun akan datang?
Perancangan MBSA untuk membangunkan Bandaraya Shah Alam dalam tempoh 5 tahun akan datang dengan memberi tumpuan untuk memperkasakan MBSA demi kesejahteraan warga Shah Alam melalui 6 teras:-
- Menyediakan kehidupan yang sejahtera dan kondusif;
- PBT memainkan peranan penting dalam memastikan segala perancangan dan perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti shah alam mencapai tahap terbaik;
- Penting untuk memberi perhatian / peka terhadap semua aduan masyarakat;
- Masyarakat dan pelbagai “Stake Holders” sebagai pelanggan / rakan kongsi – untuk mencapai satu persekitaran kehidupan bandar yang selesa dan mesra komuniti serta
- Menyokong aspirasi kerajaan dengan mengutamakan sistem penyampaian melalui penambah baikkan dalam sistem perkhidmatan awam ke arah yang lebih tersusun dan efisien bagi melahirkan budaya kerja berintegriti dan cemerlang
- Rondaan keselamatan bersama Polis Diraja Malaysia demi menjamin kebahagiaan dan ketenteraman masyarakat Shah
- STRATEGI 1 – MEMPERKASA FUNGSI DAN PERANAN JABATAN / BAHAGIAN / CAWANGAN MBSA
Cadangan mengisi senarai perjawatan tahun 2014 bagi Majlis Bandaraya Shah Alam adalah bertujuan untuk menyediakan satu jumlah kakitangan yang optimum dan menyeluruh dalam memperkasakan sistem
penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkualiti, konsisten dan berkesan yang berasaskan kepada pertimbangan seperti perkara-perkara berikut:
- Memperkasakan perjawatan Majlis melalui penyelarasan semula fungsi dan struktur organisasi dalaman;
- Menerapkan konsep multitasking di mana kakitangan boleh menjalankan pelbagai tugasan yang diarahkan dan bukan hanya boleh atau mahir dalam satu tugasan sahaja;
- Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dengan mewujudkan sistem bekerja secara giliran masa (shift);
- Merealisasikan Dasar Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran 30% kerja-kerja perkhidmatan pembersihan awam dilaksanakan secara dalaman (in-house) menjelang tahun 2016. Ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kontraktor dan menambah kakitangan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- STRATEGI 2 – PENGURUSAN KEWANGAN
- Dasar “Value For Money” Termasuk Dasar Harga Terendah Bagi Semua Tender Terbuka Serta Mengurangkan Penguasaan Kelas “Rentier” Melalui Pelantikan “Owner Operator”;
- Pemantauan dan audit terhadap prestasi-prestasi Kontraktor Majlis dan semakan ke atas “Terms Of Reference” dalam kontrak-kontrak Majlis ;
- Pengauditan dan Kutipan Hutang-hutang dari Projek Penswastaan);
- Kerja Undi bagi perolehan kerja bernilai RM 20,000 ke bawah
- Akauntabiliti / Kebertanggungjawaban – Perbelanjaan Diguna Dan Diurus Dengan Tertib;
- Proses Tender Terbuka / Sebut harga – Utamakan Harga Terendah;
- Aset Kekal MBSA – Penyediaan Inventori Dan Pengurusan;
- STRATEGI 3 – PEMBANGUNAN MODAL INSAN
- Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan komitmen di kalangan pekerja dalam melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan dan mengelakkan berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Majlis akan memastikan semua kebajikan kakitangan akan berkenaan dan bersesuaian dengan keperluan dan tanggungjawab
- Latihan yang berkesan dan bersesuaian perlu ditekankan dan diberikan keutamaan untuk memastikan kecekapan kakitangan dalam tahap yang sangat
- STRATEGI 4 – USAHA-USAHA PENINGKATAN HASIL MBSA
- Cukai Taksiran
- Insentif Bayaran Setahun, Operasi Turun Padang, Kaunter Bergerak, Notis,
- Penguatkuasaan dan Operasi berjadual terhadap Lesen & Permit Perniagaan
- Kutipan Bayaran Caj Pemajuan
- Penyewaan Aset Majlis
- Penyewaan Tempat Letak Kereta Bermeter dan Khas – tambahan petak letak kereta baharu
- Kutipan Caruman Membantu Kadar
- STRATEGI 5 – PEMBANGUNAN FIZIKAL
- Perancangan dan Pembangunan Bandar
Memastikan perancangan dan pembangunan Bandar Shah Alam mengambil kira keselamatan, keselesaan dan keharmonian dengan alam sekitar
- Garis panduan `Crime Prevention Through Environmental Design’
- Mengenal pasti Kawasan Hotspot dan Blackspot
- Kawalan pembangunan di kawasan berbukit dan sensitif alam sekitar
- Meningkatkan penyertaan penduduk melalui program LA21 dengan lebih berkesan
b) Menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sedia ada
Bangunan kemudahan sedia ada (pasar, gerai, tadika dan dewan) yang dimiliki oleh Majlis akan dinaiktaraf dan di selenggara bagi memastikan bahawa penggunaannya dioptima untuk kemudahan penduduk tempatan.
c) Pembangunan dan Pembinaan Kemudahan Awam
MBSA juga telah mengenal pasti tapak untuk membangunkan dan membina bangunan-bangunan kemudahan awam untuk melengkapkan keperluan penduduk termasuklah bagi penyediaan bangunan berikut :
- Dewan Banquet Seksyen 13
- Padang Bola Dan Rekreasi Untuk Penduduk Di Kawasan Kampung
- Rumah Kasih Seksyen 7, Shah Alam
d) Mengenalpasti dan meningkatkan fungsi taman awam
- Taman Awam
– peningkatan dan menaik taraf fungsinya sesuai dengan keperluan penduduk setempat
- Taman Cergas
Pembangunan semula padang-padang permainan ini melibatkan:
- Penyusunan semula kedudukan alatan-alatan di padang
- Penambahan alatan-alatan berikut ;-
- Wakaf
- Tempat duduk konkrit
- “Outdoor Gym”
- “Integrated Play Structure”
- Lampu dengan kuasa solar
- Kos pembangunan tidak melebihi RM50,000.00
e) Meningkatkan dan menaiktaraf Sistem Pengangkutan Awam Sedia Ada
- ‘Integrated Transport Terminal Hub’ untuk kawasan Utara Semenanjung
MBSA akan mengenal pasti dan mengkaji penyediaan ITT Hub di pembangunan `Selangor Vision City’ dan pembangunan Elmina, Seksyen U16 yang akan menjadi pusat tumpuan utama dan ITT bagi utara Semenanjung Malaysia dengan keluasan lebih kurang 40 ekar. Terminal ini juga akan menjadi terminal pengangkutan awam yang utama untuk Shah Alam.
- Laluan Rel (LRT, MRT dan BRT –Bus Rapid Transit) Perbincangan akan diadakan dengan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) untuk perancangan dan pembangunan sistem rail di dalam kawasan Shah Alam bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam yang effisyen dapat dinikmati oleh
iii. Bus Terminal di Seksyen 17 & 19
Lanjutan daripada sesi lawatan pemantauan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 29 Ogos 2013 ke Stesen Komuter Shah Alam, Seksyen 19, pihak MBSA telah menerima surat daripada Kementerian berhubung permohonan kos pembinaan Hentian Akhir Bandar (Hub) Seksyen 19, Shah Alam.
Pihak Kementerian telah bersetuju untuk mengeluarkan kos sebanyak RM 4 juta kepada pihak MBSA selepas pihak MBSA mengeluarkan surat pelantikan kontraktor (LOA) bagi pembangunan tersebut.
Projek Hentian Akhir Bandar akan memberi kemudahan pengguna pengangkutan awam untuk mendapatkan perkhidmatan bas dan teksi serta diintegrasikan dengan stesen komuter sedia ada.
- Tempat Letak Kenderaan Stesen Komuter Seksyen 19 Peruntukan sebanyak RM3 juta telah diterima daripada pihak MOT dan pembinaan sedang giat dijalankan di
v. Bas Komuniti
Pihak Majlis bercadang untuk menyediakan perkhidmatan kenderaan komuniti berupa bas untuk kegunaan orang awam khususnya golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), golongan yang berpendapatan rendah dan kurang kemampuan untuk berurusan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Pembelian sebuah bas komuniti dengan kos pembelian RM500,000.00 sebagai tambahan kepada bas komuniti sedia ada disumbangkan oleh syarikat korporat pada tahun 2013. Ia adalah antara perkara di bawah Pelan Tindakan 5 tahun Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan.
f) Meningkatkan Aksesibiliti Dalam Pusat Bandar Dan Tumpuan Utama
- Laluan Basikal (Sambungan)
MBSA berhasrat untuk membina laluan basikal yang terpanjang di Malaysia untuk menggalakkan penggunaan basikal di kalangan penduduk bagi mengekalkan alam sekitar yang sihat.
ii. Laluan Pejalan Kaki
Laluan pejalan kaki sedia ada akan dinaiktaraf untuk memastikan kesinambungan yang berterusan antara kawasan di samping memastikan keselamatan pengguna dan kejadian jenayah jalanan dapat dikurangkan.
iii. Inisiatif Penghijauan Lorong Belakang Shah Alam
Dimulakan pada September 2013
- Menaik taraf lorong belakang untuk mewujudkan persekitaran yang selamat
- Mengecat dinding
- Kerja-kerja Lanskap
- Papan tanda, informasi dan senarai pokok
- Wujudkan pusat sis kompos
- Penilaian program
g) Penyelenggaraan Infrastruktur
MBSA akan meneruskan usahanya untuk meningkatkan dan menaik taraf infrastruktur sedia ada, terutamanya di kawasan kediaman bagi mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat bagi perkara berikut :
- Jalan
- Longkang / longkang monsun
- Lampu jalan
- Parit erong
- STRATEGI 6 – PEMBANGUNAN KOMUNITI
- Pembangunan Kebudayaan – Malam Puisi Riong Dan Pementasan Kebudayaan, Di Samping Promosi Pelancongan : Hebahan;
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, MBSA akan mengadakan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan untuk menyemarakkan seni budaya dan menjadikan Shah Alam sebagai hub budaya Negeri Selangor.
d) Sukan-sukan Teras – Sepak Takraw, Bola Sepak, Bola Tampar, Bola Tampar Pantai
MBSA akan juga terus membangunkan dan mengadakan aktiviti sukan dan riadah bagi mewujudkan persekitaran yang sihat dan kerjasama antara penduduk
e) Sukan Riadah – Basikal
Sukan ini akan meningkatkan lagi penggunaan trek sikal yang telah dibangunkan oleh Majlis.
f) Sukan Rakyat – ‘Tele-Match’
Bermula 1 Disember 2013, Majlis akan memperkenalkan semula acara sukan rakyat melalui Karnival Komuniti Sukan Rakyat. Ia akan mempamerkan sukan tradisional dan melibatkan semua MPP di kawasan Shah Alam. Ia akan dijadikan acara tahunan bagi mengeratkan ukhuwah warga Bandar khususnya Shah Alam.
g) Zon Bersih
Satu daripada strategi pembangunan komuniti di Shah Alam adalah melalui program mini ZeeBee yang merupakan lanjutan daripada program zon bersih anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Program mini ZeeBee akan dikekalkan dan dipertandingkan di kalangan
MPP sebagai salah satu inisiatif pembangunan mampan di bawah LA 21 dengan peruntukan sebanyak RM500,00.00
h) Meningkatkan Imej Dan Fungsi MBSA
- Kaunter Bersepadu MBSA (MBSA Biz Centre)
Bagi mewujudkan kaunter yang lebih mesra pelanggan, Majlis bercadang untuk mengadakan kaunter-kaunter jabatan di satu tempat iaitu di aras bawah bangunan sayap Wisma MBSA (kawasan caferia MBSA). MBSA Biz Centre juga bertindak sebagai lobi utama MBSA di mana pegawai Khidmat Pelanggan akan diletakkan. Kerja-kerja mereka bentuk akan dibuat bagi keselesaan pengunjung agar tidak perlu bergerak ke pelbagai jabatan utk berurusan.
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah tanah milik Kerajaan Negeri, anak syarikat dan GLC di seluruh Bandaraya Shah Alam?
a) Tanah milik Kerajaan Negeri, anak syarikat dan GLC di seluruh Bandaraya Shah Alam.
BIL PEMILIK TANAH PEMAJU LOKASI KELUASAN (ekar)
1. KERAJAAN NEGERI Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Seksyen 3 2.62 Seksyen 16 3.34 2. ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS ) Seksyen 2-24 11,740.42 Precint 10, Seksyen U13 234.70
Precint 12, Seksyen U13
363.00 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Tetuan Green Hill Development Sdn. Bhd Seksyen U10 75.00 Tetuan Fokus Awana Sdn. Bhd.
Seksyen U10 150.00 Tetuan Idaman Arif Sdn. Bhd. Seksyen U10 65.10 Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Seksyen U10 49.00 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS)
Seksyen U5 10.00 BIL PEMILIK TANAH PEMAJU LOKASI KELUASAN (ekar)
3. GLC Sime Darby Development Berhad Denai Alam Seksyen U16 1,002.82
Bukit Subang, Seksyen U16 249.12 Elmina East, Seksyen U16
1,628.66 Elmina West Seksyen U16 2,754.80 Bukit Jelutong, Seksyen U8
2,205.03
Kwasa Land Sdn. Bhd. Seksyen U4 678.00 JUMLAH KESELURUHAN 21,211.61 -
Sila kemukakan apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan Bandaraya Shah Alam sebagai Ibu kota kosmopolitan yang moden, canggih, selesa dan selamat?
Kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan Bandaraya Shah Alam sebagai Ibu kota kosmopolitan yang moden, canggih, selesa dan selamat antaranya termasuklah :
i. Pembangunan tidak terancang
Kawasan Shah Alam juga meliputi kawasan lot-lot kecil dan tanah rizab Melayu yang tidak dibangunkan serentak yang berbentuk `ad hoc’ yang menyebabkan penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam sukar diselaraskan. Ini menyebabkan infrastruktur di kawasan pembangunan ini terputus dan tidak bersambung.
ii. Penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang
MBSA juga menghadapi cabaran yang besar bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang yang ditetapkan sama ada oleh pemilik individu, pekilang, peniaga atau pemaju mematuhi syarat dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam semua urusan. Pemantauan yang ketat memerlukan kapasiti dan tenaga kerja yang tinggi.
iii. Pembangunan Sub Standard
Masih terdapat pembangunan yang tidak terancang di dalam kawasan pembangunan Shah Alam khususnya di kawasan kampung dan juga kawasan industri sedia ada di Kampung Baru Sungai Buloh. Cabaran yang besar bagi Majlis adalah bagi menyelaras pembangunan sebegini yang mana keadaan infrastrukturnya yang tidak teratur dan tidak selesa
iv. Penyelenggaraan
Penyelenggaraan infrastruktur termasuklah jalan raya dan perparitan serta kemudahan-kemudahan awam sedia ada yang telah disediakan oleh
Majlis juga memerlukan perhatian dan peruntukan yang tinggi daripada MBSA.
v. Peruntukan pembangunan dan Infrastruktur
Majlis hanya dapat menyediakan peruntukan pembangunan yang terhad memandangkan kebanyakan peruntukan Majlis lebih disalurkan kepada aktiviti penyelenggaraan yang menyebabkan suasana persekitaran dan kehidupan yang lebih selesa kepada penduduk sukar diwujudkan.
vi. Pengurusan Sisa Pepejal
Setelah mengambil alih pengurusan sisa pepejal daripada pihak Alam Flora Sdn. Bhd. ini, tanggungjawab dan fokus Majlis telah berubah dan semakin bertambah. Majlis perlu melaksanakan banyak program yang lebih praktikal untuk memastikan pengurusan sisa pepejal ini lebih efektif dan berkesan.
vii. Sistem Pengangkutan Awam dan Lalu lintas
Cabaran Shah Alam ketika ini adalah untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan menarik lebih banyak sistem pengangkutan awam termasuklah sistem rel dan bas untuk kemudahan dan keselesaan penduduk.
viii. Komitmen Masyarakat
Penyertaan penduduk khususnya dalam program-program yang melibatkan pembangunan mampan juga perlu dipergiat supaya persekitaran yang harmonis dan selesa dapat dikekalkan di Shah Alam dan gejala yang tidak diingini dapat dicegah.