Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

219) RUMAH EXCO SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah rancangan kerajaan untuk Rumah Exco Selangor Seksyen 7 Shah Alam?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya Rumah EXCO Selangor di Seksyen 7, Shah Alam disewakan secara terbuka mulai tahun 2009. Walau bagaimanapun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan pada 5 Jun 2013 dan bersetuju supaya kediaman rasmi tersebut (Rumah EXCO) diserahkan kepada Y.B. Ahli MMKN untuk

     

    Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk pengurusan dan penyelenggaraan kediaman tersebut.

  2. Sila nyatakan berapa kos penyelenggaraan setiap tahun?

    Penyelenggaraan Rumah EXCO dikawal selia di bawah Unit Pengurusan Bangunan SUK dan diuruskan oleh syarikat yang dilantik secara sebut harga terbuka. Berikut adalah jumlah kos penyelenggaraan Rumah EXCO bagi tahun 2008 – 2013 :

     

    BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN (RM) KERJA INDEN / LO

    (RM)

    JUMLAH (RM)
    1 2008 1,935,000.00 1,935,000.00
    2 2009 1,685,000.00 1,685,000.00
    3 2010 1,044,000.00 1,044,000.00
    4 2011 993,900.00 993,900.00
    5 2012 335,255.00 – taman

    131,760.00 – sekuriti

    115,290.00 582,305.00

     

    BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN (RM) KERJA INDEN / LO

    (RM)

    JUMLAH (RM)
    6 2013 80,440.00 – taman

    131,760.00 – sekuriti

    44,665.00 212,200.00
      JUMLAH 6,337,115.00 159,955.00 6,497,070.00

     

    Syarikat   yang  dilantik   untuk menyelenggara Rumah EXCO adalah seperti berikut:

     

    BIL SYARIKAT TEMPOH CATATAN
    1 Adilob Sdn. Bhd 1 April 2007 hingga

    31 Ogos 2009 (RM161,500.00

    sebulan)

    Penyelenggaraan secara menyeluruh (‘comprehensive’) termasuk membuat pemeriksaan dan membaik pulih segala kerosakan, perkhidmatan pembersihan, penjagaan taman dan kawalan keselamatan.
         

     

    1 September 2009

    hingga 31 Mac 2012 (RM87,000.00

    sebulan)

     

    Penyelenggaraan secara tidak menyeluruh (‘non- comprehensive’) iaitu membuat pemeriksaan dan pengujian, perkhidmatan pembersihan, penjagaan taman dan kawalan keselamatan.

    2 Nurrul Services Sdn. Bhd 1 April 2012 hingga

    31 Mac 2014 (2 tahun) (RM11,380.00

    sebulan)

    Penyelenggaraaan tidak menyeluruh

    (non- comprehensive). Hanya melibatkan perkhidmatan pencucian, penjagaan taman dan pengurusan majlis.

     

    BIL SYARIKAT TEMPOH CATATAN
    3 Sheriff Security (M) Sdn.Bhd 1 April 2012 hingga

    31 Mac 2014 (2 tahun)

    RM 263,520.00 (RM131,760.00-

    setahun)

    Kawalan Keselamatan sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.