Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
208) PENDAPATAN MINIMUM PETANI RM1200.00 SEBULAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri ada bercadang untuk membantu rakyat miskin terutama petani dan nelayan agar memperoleh pendapatan minimum RM1200.00 sebulan. Apakah usaha yang telah dilaksanakan kerajaan negeri untuk mencapai hasrat tersebut?
Usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian adalah bagi menggandakan pendapatan petani adalah:
Memastikan pengeluaran hasil padi yang tinggi dan berterusan melalui Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Melalui program ini peningkatan hasil padi adalah memberangsangkan, manakala program natural farming membantu dalam mengurangkan kos operasi petani serta menjana pendapatan tambahan hasil jualan produk natural
Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Di mana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Melalui program ini, petani dibimbing untuk melaksanakan projek pertanian secara komersil , hasil pertanian yang dipersijilkan dengan MyGAP dan SOM , untuk mencapai sasaran purata pendapatan bulanan sebanyak RM3000/bulan.
- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah melaksanakan Program Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa sejak tahun 1998. Program ini masih diteruskan sehingga kini dengan memberi tumpuan kepada kaedah integrasi tanaman dimana penanaman kelapa diselingkan dengan tanaman kontan sebagai usaha bagi meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil kelapa. Pada
tahun 2013, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk program tersebut.
Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan MyGap dan SOM. Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia. Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan SOM pula boleh dilabelkan sebagai produk organik dan produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang tinggi dan setimpal.
Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman contohnya seperti kerepek, minyak kelapa dara, kuih tradisional, pastri, bakeri dan lain-lain
-
Berapa jumlah petani di Selangor mengikut daerah dan jenis tanaman?
Jumlah petani di Selangor mengikut daerah dan jenis tanaman serta keluasannya adalah seperti Jadual di Lampiran 1 dan 2
(Jumlah Keluasan Kawasan Pertanian Negeri Selangor adalah: 399,375.9 hektar)
-
Agensi negeri manakah yang bertanggungjawab bagi memastikan matlamat pendapatan minimum RM1200.00 sebulan tercapai?
Bagi Jabatan pertanian Negeri Selangor. Sasaran minimum pendapatan petani untuk projek pertanian berkelompok adalah RM1000/sebulan. Manakala sasaran minimum pendapatan petani bagi projek usahawan tani, usahawan TKPM dan Usahawan Industri Asas Tani adalah RM3000/sebulan.