Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
197) LEMBU KORBAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah gred lembu yang dibekalkan dan apakah kaedah penimbangan yang diguna pakai?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 18/2013 yang bersidang pada
26 Jun 2013 telah menetapkan sebanyak 753 ekor lembu akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri dengan bekalan diperolehi daripada PKPS. Spesifikasi pembekalan lembu yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
- Berat hidup – 200 kg seekor (minima)
- Harga – RM3,000 seekor (Termasuk tali pengikat dan
penghantaran ke destinasi yang ditetapkan).
Gred lembu pada kadar minimum 200 kg seekor adalah Gred D (yang paling rendah). Gred ini merupakan gred yang ditetapkan oleh MMKN. PKPS menentukan berat setiap ekor lembu dengan menggunakan mesin penimbang berat (load cell) dan pita pengukur lilit (pengukur lilit digunapakai oleh ladang-ladang ternakan di Australia sebagai kaedah penimbangan).
-
Bagaimana proses pemilihan pembekal, adakah melalui tender terbuka atau lantikan terus?
Lembu-lembu yang dibekalkan oleh PKPS diperolehi melalui dua (2) sumber, iaitu daripada ladang ternakan PKPS sendiri dan penternak-penternak luar. PKPS telah mendapatkan sebut harga daripada penternak-penternak luar ini melalui proses pelawaan. Sebanyak empat belas (14) buah syarikat dan individu telah dipelawa untuk mengemukakan sebut harga masing-masing. Berikut adalah syarikat-syarikat yang telah mengemukakan sebut harga mereka:
BIL NAMA SYARIKAT 1. Wahidanie Livestock (M) Sdn Bhd 2. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rashid (Individu) 3. Eco-Bioenergy (M) Sdn Bhd 4. RS One Engineering Sdn Bhd 5. Impian Alfi Resources BIL NAMA SYARIKAT 6. Yuri Trading 7. Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad 8. Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat 9. Sri Mutiara Teguh Enterprise 10. W & K Farm Enterprise 11. Dagang Ritz Sdn Bhd 12. MHR Platinum Resources 13. Mega Tani Enterprise 14. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (anak syarikat PKPS) Sebelum melantik pembekal-pembekal tersebut, PKPS telah meninjau sendiri ladang-ladang ternakan lembu yang diusahakan oleh pembekal. Selain itu, PKPS juga telah membuat semakan latar belakang syarikat yang mengemukakan sebut harga untuk mengetahui pengalaman masing-masing.
Daripada empat belas (14) pembekal yang mengemukakan sebut harga, PKPS telah melantik lapan (8) daripada mereka, iaitu:
BIL NAMA SYARIKAT 1. Wahidanie Livestock (M) Sdn Bhd 2. Mohammad Hafiz bin Mohamad Rashid (Individu) 3. RS One Engineering Sdn Bhd 4. Sri Mutiara Teguh Enterprise 5. W & K Farm Enterprise 6. Dagang Ritz Sdn Bhd 7. Mega Tani Enterprise 8. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd (anak syarikat PKPS) Spesifikasi lembu yang ditetapkan oleh PKPS kepada penternak-penternak terlibat adalah berlainan daripada spesifikasi Kerajaan Negeri, iaitu:
- Berat – > 220 kg/ekor (lembu-lembu yang dibekalkan oleh PKPS kepada Kerajaan Negeri adalah lebih berat daripada
yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri)
- Spesifikasi ternakan- Baka jantan kacukan KK Brahman dan
berada dalam keadaan fizikal yang baik, serta bebas dari penyakit.
Untuk memastikan bahawa lembu-lembu di bekal memenuhi spesifikasi tersebut, maka PKPS telah membuat pemilihan lembu di ladang-ladang penternak terlibat dengan menimbang atau mengukur lilit badan lembu sebelum lembu dipasangkan ‘tagging’ telinga oleh PKPS sendiri.
-
Berapakah harga seekor lembu dan jumlah perbelanjaan keseluruhan?
Harga bagi seekor lembu adalah RM3,000/- (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) dan jumlah perbelanjaan keseluruhan adalah sebanyak RM2,259,000/- (Ringgit Malaysia Dua Juta Dua Ratus Lima Puluh Sembilan Ribu Sahaja).
Jumlah tersebut dibiayai secara sama rata di antara tujuh (7) buah anak syarikat Kerajaan Negeri, iaitu:
- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
- Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
- Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
- Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB)
- Worldwide Holdings Sdn. Bhd. (WHSB)
- Menteri Besar Incorporated (MBI)
- Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)