Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
194) PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri yang telah diterima dan jumlah permohonan yang berjaya?
Jumlah permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri dari tahun 2010 dan 2013 seperti berikut:
Tahun
Permohonan
Ditawarkan
Terima Tawaran
2010 – 1,218 1,040 2011 – 1,025 850 2012 2,550 1,714 1,460 2013 3,274 1,202 1,057 Jumlah Keseluruhan
5,824
5,159
4,407
-
Apakah kriteria keutamaan untuk kelulusan setiap permohonan?
Syarat-syarat utama yang diambil seperti Lampiran I manakala syarat akademik di Lampiran
Syarat-Syarat Permohonan Keterangan Kelahiran
· Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau · Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
· Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
Peringkat Pengajian
· Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon); Penajaan
· Pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja;
Pencapaian Akademik
· Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan; Tahun Pengajian
· Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian/ diberi tempoh pelanjutan pengajian. Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik Ijazah Pertama
· Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra- Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau · Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
· Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM
Diploma
· Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM; atau · Memperoleh kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
· Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
· Memperoleh sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM