Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
193) KEDAI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di kampung Paya Jaras terdapat beberapa kedai perniagaan yang telah di klasifikasi sebagai Kedai PLB, di mana individu mengaut keuntungan peribadi dengan memberi sewa kepada individu lain. Adakah dasar pemilikan sebenar Kerajaan Negeri terhadap penyewaan kedai PLB ini?
Kerajaan Negeri buat ketika ini belum mempunyai dasar pemilikan mengenai penyewaan kedai PLB ini. Kedai PLB atau Kedai Pembangunan Luar Bandar adalah kedai yang telah dibina oleh Pejabat Tanah Daerah dan disewakan dengan kadar RM 50.00 sebulan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Daerah. Pada tahun 2008 gerai-gerai ini telah diserahkan pengurusannya kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap mana-mana premis PLB yang telah disewakan kepada pendatang asing?
Premis PLB yang terbukti telah disewakan kepada pendatang asing akan di tarik balik dan ditamatkan penyewaan dan seterusnya dibuka tawaran kepada pihak- pihak yang berminat
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengenakan tempoh penyewaan bagi setiap unit premis supaya dapat memberikan peluang kepada usahawan yang baru?
Kerajaan Negeri buat masa ini masih belum menetapkan tempoh penyewaan yang bersesuaian bagi setiap unit premis supaya dapat memberikan peluang kepada usahawan yang baru. Walau bagaimanapun setiap PBT telah mempunyai kaedah masing- masing di dalam menentukan tempoh penyewaan kedai PLB tersebut. Cadangan untuk mengenakan tempoh penyewaan bagi setiap unit premis adalah satu cadangan yang baik bagi memastikan peluang yang sama diberikan kepada usahawan yang baru dan bagi mengelakkan premis tersebut di monopoli oleh satu pihak