Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
192) WARGA INDUSTRI
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan bilangan warga industri berdasarkan kewarganegaraan mengikut kawasan industri?
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Selangor, pecahan bilangan pekerja warga asing mengikut kawasan di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
KAWASAN PEMBUATAN PERKILANGAN JUMLAH PETALING JAYA: PETALING JAYA 12,310 2,287 14,597 PUCHONG 6,804 2,427 9,231 SHAH ALAM 17,787 8,723 26,510 SUBANG JAYA 3,732 895 4,627 SERI KEMBANGAN 5,683 2,820 8,503 SERDANG 206 38 244 SUNGAI BULOH 5,444 3,501 8,945 BDR. BARU SG BULOH 8 3 11 JUMLAH 51,974 20,694 72,668 KLANG: KLANG 25,017 8,266 33,283 PULAU INDAH 146 38 184 PULAU KETAM 2 2 KAPAR 1,267 700 1,967 KAWASAN PEMBUATAN PERKILANGAN JUMLAH PELABUHAN KLANG 5,145 2,042 7,187 JUMLAH 31,575 11,048 42,623 HULU LANGAT: HULU LANGAT 307 195 502 AMPANG 3,393 474 3,867 CHERAS 1,057 276 1,333 BATU 9 CHERAS 253 294 547 BDR. BARU BANGI 3,396 633 4,029 BERANANG 931 283 1,214 KAJANG 2,586 1,695 4,281 SEMENYIH 2,541 1,587 4,128 JUMLAH 14,464 5,437 19,901 GOMBAK: GOMBAK 28 53 81 BATU CAVES 1,808 995 2,803 RAWANG 4,248 2,579 6,827 SELAYANG 34 38 72 JUMLAH 6,118 3,665 9,783 HULU SELANGOR: BATANG KALI 209 235 444 HULU BERNAM 4 12 16 K. KUBU BHARU 19 23 42 KERLING 2 14 16 ULU YAM BARU 17 72 89 SERENDAH 155 57 212 JUMLAH 406 413 819 KUALA LANGAT: BANTING 1,821 478 2,299 JENJAROM 47 142 189 PULAU CAREY 4 19 23 TELOK P. GARANG 1,071 486 1,557 JUMLAH 2,943 1,125 4,068 KUALA SELANGOR: KUALA SELANGOR 574 497 1,071 KAWASAN PEMBUATAN PERKILANGAN JUMLAH BATU ARANG 23 23 BTG. BERJUNTAI 2,044 333 2,377 BUKIT ROTAN 13 12 25 JERAM 1,023 207 1,230 JUMLAH 3,677 1,049 4,726 SEPANG: SEPANG 2,278 406 2,684 CYBERJAYA 1 41 42 DENGKIL 56 58 114 SUNGAI PELEK 21 20 41 TANJONG SEPAT 77 47 124 JUMLAH 2,433 572 3,005 SABAK BERNAM: 120 62 182 SEKINCAN 126 28 154 SG AYER TAWAR 1 1 TANJONG KARANG 9 17 26 SUNGAI BESAR 30 27 57 JUMLAH 286 134 420 SELANGOR 1,412 1,034 2,446 JUMLAH KESELURUHAN 115,288 45,171 160,459 Sumber : Jabatan Imigresen Selangor
Manakala maklumat berkenaan pecahan bilangan warga industri mengikut kewarganegaraan di setiap kawasan tidak dapat dinyatakan ketika ini kerana pihak Kerajaan Negeri dalam proses mendapatkan maklumat lanjut daripada Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya.
-
Apakah kerajaan negeri mengadakan program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka?
Kerajaan Negeri tidak mengadakan sebarang program latihan khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para pekerja warga asing di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pihak syarikat atau majikan ada menyediakan latihan di peringkat dalam untuk meningkatkan kemahiran
-
Adakah kos upah / gaji mereka kompetitif dan mencukupi untuk menyara kehidupan?
Berdasarkan kepada Perintah Gaji Minimum yang telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2012 di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732). Berdasarkan perintah tersebut, semua pekerja tempatan dan
asing yang bekerja di sektor swasta adalah layak untuk menikmati kemudahan kadar gaji minimum. Berdasarkan akta ini, kadar gaji minimum yang perlu dibayar majikan adalah pada kadar RM 900 sebulan @ RM 4.33/jam.
Penetapan kadar gaji minimum ini berdasarkan kepada Kajian Guna Tenaga kebangsaan (NER) Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati 33.8% pekerja bergaji di bawah paras RM 700 sebulan, iaitu di bawah paras kemiskinan kebangsaan RM 800 sebulan pada masa ini.
Jumlah kadar minimum ini hanyalah jumlah kadar terendah yang ditetapkan oleh Kerajaan, namun begitu pihak syarikat digalakkan untuk membayar gaji dari paras yang ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kekuatan syarikat.
Perlaksanaan dasar penetapan gaji minimum ini bertujuan untuk:-
- Memastikan keperluan asas pekerja dan keluarga dapat
- Memberikan perlindungan sosial yang mencukupi kepada pekerja
- Menggalakkan industri meningkatkan rantaian pengeluaran global dengan melabur dalam intensif teknologi dan meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing tidak mahir