Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
173) AKTIVITI EKONOMI UTAMA SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Butir-butir aktiviti ekonomi dalam Negeri Selangor mengikut jenis, iaitu perindustrian, perkhidmatan, pertanian dan sebagainya dan sumbangan mereka kepada keseluruhan ekonomi Negeri Selangor dalam tahun 2012?
Butir-butir aktiviti ekonomi dalam negeri Selangor mengikut sektor pada tahun 2012 adalah seperti berikut:
Sektor Utama (1.7%)
Sektor utama tumbuh perlahan pada kadar 1.7% (2011 : 1.8%) sumbangan daripada subsektor Pertanian yang tumbuh pada kadar 1.6% (2011 : 1.7%) dan subsektor Perlombongan dan Pengkuarian yang tumbuh pada kadar 0.1% (2011
: 0.1%).
Sektor Perindustrian (39.9%)
Sektor Perindustrian tumbuh sederhana pada kadar 39.9% (2011:37.9%). Pertumbuhan sederhana ini adalah sumbangan daripada subsektor Pembuatan dan Pembinaan yang masing-masing tumbuh pada kadar 34.6% (2011:34.9%) dan 5.3% (2011:4.8%).
Sektor Perkhidmatan (58.3%)
Sektor Perkhidmatan tumbuh perlahan pada kadar 58.3% (2011:58.5%) hasil sumbangan daripada subsektor seperti berikut:
- Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi (2012 : 11.4%, 2011 : 3%)
- Perdagangan Borong dan Runcit, Penginapan dan Restoran (2012 : 18.0%, 2011 : 2%)
- Kewangan dan Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan (2012 : 18.8%, 2011 : 9%)
- Perkhidmatan Lain
(2012 : 5.0%, 2011 : 5.0%)
- Perkhidmatan Kerajaan (2012 : 5.2%, 2011 : 2%)
Berdasarkan butir-butir ekonomi seperti yang telah dinyatakan di atas, ekonomi negeri Selangor telah merekod prestasi yang baik dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 2012 tumbuh pada kadar 5.7% dan merupakan salah satu daripada negeri di Malaysia yang mendominasi dan kekal sebagai peneraju utama ekonomi negara dengan jumlah sumbangan sebanyak 23.5%.
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan aktiviti perindustrian yang tidak "labour intensive"
Pada ketika ini, tidak dinafikan bahawa Sektor Perindustrian merupakan antara penyumbang utama kepada perkembangan ekonomi Selangor. Walau bagaimanapun, perkembangan Sektor Perkhidmatan yang pesat telah mengakibatkan prestasi dalam sektor ini melangkaui prestasi dalam Sektor Perindustrian dan diberi tumpuan yang lebih. Sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor memfokuskan Sektor Perkhidmatan sebagai langkah meningkatkan aktiviti yang tidak ‘Labour Intensive’. Antara tumpuan yang diberikan di bawah Sektor Perkhidmatan termasuklah industri pelancongan, industri pengangkutan dan telekomunikasi, sektor kewangan, insurans, hartanah & perkhidmatan perniagaan, sektor utiliti elektrik, air dan gas, industri perdagangan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang