Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

168) PEMINDAHAN SJK (T) CASTLEFIELD

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini dengan pemindahan SJK (T) Castlefield Puchong?

    Status terkini adalah Pihak Syarikat Prasrana Negara Berhad akan membina SJK (T) Casterfield di atas Lot 133,Persiaran Wawasan, Puchong dengan kos tidak melebihi 20 juta. Walau bagaimanapun satu mesyuarat akan diaturkan bagi membincangkan pelan reka bentuk sekolah dengan 24 bilik darjah dan mematuhi garis panduan Kementerian

  2. Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri untuk membantu pemindahan SJK (T) Castlefield

    SJK (T) Castlefield yang terletak bersebelahan dengan Lebuh raya Damansara – Puchong (LDP) telah dibina di atas tanah milik Pentadbir Tanah Persekutuan (PTP) dengan menggunakan peruntukan pembinaan Lebuh raya LDP seperti yang disyaratkan oleh Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM).

     

    Permasalahan bermula apabila pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah meminta tapak gantian untuk dibina sekolah baharu sebagai ganti sebahagian kecil padang iaitu sepanjang 180meter (0.4 ekar) yang terlibat dengan jajaran Projek Sambungan LRT yang dijangka siap pada akhir 2014.

     

    Setelah beberapa siri perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), persetujuan telah dicapai supaya pihak KPM memajakkan tanah Lot 133 kepada LPS bagi tujuan pembinaan sekolah baharu SJK (T) Castlefield, Puchong. Sehubungan dengan itu, pihak Prasarana juga telah bersetuju bagi membina sekolah baharu di tapak tanah tersebut dengan mematuhi spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak KPM.

     

    Pentadbir Tanah Petaling akan membantu dalam menyelaras isu tanah tapak sekolah dan pembinaan sekolah bersama KPM dan Prasarana agar kerja-kerja pembinaan projek LRT yang tergendala di tapak sekolah sedia ada dapat disambung semula.

Lampiran

Tiada Lampiran.