Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

167) MASALAH BANJIR KILAT DI SEKITAR SELAYANG BARU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?

     

    Pihak Majlis merancang kerja-kerja menaik taraf longkang di kawasan banjir yang terlibat di Selayang Baru pada tahun 2014. Cadangan kerja-kerja menaik taraf adalah seperti berikut :-

     

     

    Bil

     

    Nama Projek

    Anggaran Kos Projek (RM)
     

    1

    Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Jalan 29, Selayang Baru dan kawasan sekitarnya.  

    400.000.00

     

    2

    Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Jalan 11, Selayang Baru dan kawasan sekitarnya  

    400,000.00

  2. Berapakah bajet yang telah diperuntukkan bagi menyelesaikan permasalahan ini?

    Bajet yang telah diperuntukkan berjumlah RM 300,000.00 untuk projek pembangunan longkang di seluruh Selayang. Walau bagaimanapun untuk menyelesaikan masalah banjir di Selayang Baru sahaja perlu melibatkan kos RM 800,000.00. Cadangan projek adalah seperti berikut :-

     

     

     

    Bil

     

    Nama Projek

    Anggaran Kos Projek (RM)
     

    1

    Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Jalan 29, Selayang Baru dan kawasan sekitarnya.  

    400.000.00

     

    2

    Cadangan kerja-kerja menaik taraf longkang di Jalan 11, Selayang Baru dan kawasan sekitarnya  

    400,000.00

     

    Pada tahun 2013 telah diperuntukkan RM 34,000.00 bagi kerja-kerja menaik taraf longkang di Selayang Baru dan peruntukan ini telah digunakan 100% untuk menyelesaikan sebahagian masalah banjir di Selayang Baru. Ringkasan projek adalah seperti berikut :-

     

     

     

    Bil

     

    Nama Projek

     

    Nama Syarikat

     

    Kos Projek (RM)

    Prestasi Fizikal
    Tarikh Milik

    Tapak

    Tarikh siap
     

     

     

     

    1

     

    Cadangan Kerja-kerja Membaik pulih Longkang Di Jalan 9 Dan Jalan 19, Selayang Baru Dan Kawasan Sekitarnya, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan.

    (MPS 28/PLP-106/13)

    Hassan Bin Abdullah

    Blok A-15 (41),

    Flat Taman Melati Batu 8, Pejabat Pos Gombak, 53100

    Gombak, Selangor

     

     

     

     

    34,000.00

     

     

     

     

    02/09/13

     

     

     

     

    23/09/13

     

  3. Adakah bajet yang telah diperuntukkan pada 2013 bagi menyelesaikan permasalahan ini dan berapa peratus yang telah digunakan?

Lampiran

Tiada Lampiran.