Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

162) MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukan sebanyak RM29,000,000.00 untuk membina Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) di Alam Impian. Nyatakan sumber kewangan bagi membina MITS?

    1. Pembinaan MITS Alam Impian menggunakan peruntukan kerajaan
  2. Apa status pembinaan dan berapa orang pelajar yang mampu ditampung apabila sudah siap nanti dan kriteria pemilihan pelajar tersebut?

    Status pembinaan sekarang ini 79% siap dan boleh menampung seramai 300 orang murid. Kriteria pemilihan pelajar adalah seperti berikut:

     

    Warganegara Malaysia, keutamaan kepada rakyat ke bawah Duli Sultan Selangor

     

    Mumtaz (90%) dalam Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dan dipilih yang tertinggi untuk panggilan temu duga

     

    • Memperolehi sekurang-kurangnya 4A/1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

     

    • Lulus PAFA Jabatan Agama Islam Selangor

     

    • Mendapat markah terbaik dalam temu duga Khas Tingkatan 1
  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk memastikan pelajar yang telah tamat pengajian tidak terabai?

    Pelajar yang telah tamat pengajian di MITS layak melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dalam dan luar

Lampiran

Tiada Lampiran.