Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

160) PELUANG PEKERJAAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak muda, wanita, terutamanya ibu tunggal dalam tahun 2014?

    1. Peluang-peluang yang disediakan berbentuk latihan dan kemahiran, pembinaan jati diri, kemahiran-kemahiran yang boleh membantu menjana pendapatan, kursus-kursus singkat vokasional (UNISEL), skim mikro kredit MIMBAR, SKIMSEL, WALA, PET SOHO-S dan menerusi jaringan PBT untuk membantu wanita dalam mengembangkan perniagaan mereka serta menerusi konsep memasyarakatkan kebajikan yang memadankan pekerjaan dan wanita yang memerlukan bantuan dalam meningkatkan status ekonomi
  2. Berapakah peratusan peruntukan Kerajaan Negeri untuk memberi kebajikan kepada 5(a) di atas dalam DUN Teratai dalam tahun 2014?

    Tiada peratusan peruntukan khusus yang disediakan Kerajaan Negeri untuk memberi kebajikan kepada (a) di atas dalam DUN Teratai bagi tahun 2014. Ianya adalah berdasarkan sebanyak mana DUN Teratai dapat mendaftarkan peserta bagi program-program yang dijalankan Kerajaan Negeri. Untuk makluman, berikut adalah data peserta program MES di bawah Jawatankuasa Tetap Kebajikan bagi DUN

     

    Program Bilangan Peserta
    MIMBAR 50
    Skim Kesihatan Wanita 433
    Jom Shoping SMUE 1647

     

  3. Apakah rancangan pelaksanaan 5 tahun Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan dan hak golongan wanita di DUN Teratai.

    Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan dan meningkatkan usaha-usaha sedia ada dan menambahkan beberapa skim dan perkhidmatan lain seperti

     

    menubuhkan klinik guaman di Pusat – Pusat Wanita Berdaya dan Pasar Wanita (Women’s Mart) untuk mempromosi produk-produk oleh usahawan wanita.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.