Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

159) PENURAPAN & BAIKPULIH JALAN-JALAN KAMPUNG BUKAN DIGAZETKAN SEBAGAI RIZAB JALAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi membaik pulih dan menurap jalan-jalan kampung yang diwartakan bagaimana pula kaedah untuk jalan-jalan rizab yang bukan diwartakan?

    Bagi tahun 2013 sehingga Oktober, Kerajaan Negeri telah  membelanjakan sebanyak RM 1,719,157.70 (Ringgit Malaysia: Satu Juta Tujuh Ratus Sembilan Belas Ribu Satu Ratus Lima Puluh Tujuh dan Sen Tujuh Puluh Sahaja) dengan melaksanakan 55 projek penyelenggaraan dan membaik pulih jalan melalui projek pembangunan kecil setiap Daerah.

     

    Kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih ini adalah berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sama ada daripada Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), aduan awam/ penduduk serta pemantauan yang dilakukan sendiri oleh Pejabat Daerah/Tanah.

     

    Kerja penyelenggaraan dan penurapan semula ini adalah melibatkan jalan-jalan kampung yang berstatus tanah kerajaan. Bagi tanah hak milik persendirian yang dijadikan laluan awam, ianya perlulah melalui proses serah semula kepada kerajaan Negeri bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.