Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

154) PROJEK PERTANIAN MODEN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan negeri dalam pemodenan pertanian di Negeri Selangor?

    Antara usaha kerajaan negeri dalam pemodenan pertanian di Negeri Selangor adalah:

     

    Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013). Keutamaan kepada pengamalan teknologi ‘Rice Check’ dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
    • Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
    • Pertanian Lestari (Natural Farming)

     

    Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015)

     

    Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) di mana

     

    Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program- program tersebut di bawah RMK10 (Tahun 2011-2015). Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran menumpukan kepada penggunaan teknologi fertigasi yang sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.

     

    • Menggalakkan dan membimbing petani ke arah Pertanian Lestari dengan objektif:

     

    • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
    • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
    • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam

     

    • Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) , melalui skim ini petani akan dibimbing dan diberi pengiktirafan kerana mengamalkan pertanian berkonsep mesra alam , mengeluarkan produk berkualiti dan selamat

     

    • MyGAP dalah penjenamaan semula Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM), yang merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia
    • SOM pula ialah sebuah program pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard Skim Organik Malaysia (SOM).Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan SOM pula boleh dilabelkan sebagai produk organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang

     

    1. Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian melalui seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman. Usahawan dibimbing menggunakan teknologi pengilangan dan pembungkusan yang terkini dan ke arah Amalan Pengilangan Baik (GMP) serta Pensijilan

     

    • Membangunkan kumpulan sasar melalui Program Pembangunan Sumber Manusia di mana aktiviti-aktiviti latihan , seminar, kursus, lawatan dan lain-lain dilaksanakan oleh jabatan khas untuk golongan sasar. Jabatan Pertanian Negeri Selangor turut meningkatkan kecekapan sistem penyampaian kepada golongan sasar melalui Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP)
  2. Nyatakan lokasi industri pertanian yang dibangunkan di bawah sokongan kerajaan negeri dari 2008-2012

    Kesemua daerah di Selangor mempunyai kawasan pertanian yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian. Berikut adalah maklumat bilangan projek pertanian mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    Bilangan Petani Mengikut Daerah (Tahun 2008-2012)

     

     

    Daerah

    2008 2009 2010 2011 2012
    Bil Projek Bil Projek Bil Projek Bil Projek Bil Projek
    GOMBAK / PETALING 28 36 22 24 37
    HULU LANGAT 19 37 27 26 34
    HULU

    SELANGOR

    18 26 22 23 29
    KLANG 41 33 30 28 29
    KUALA LANGAT 35 52 36 24 24
    KUALA

    SELANGOR

    49 69 36 67 84
    SABAK BERNAM 89 91 29 56 62
    SEPANG 9 36 13 16 25
    JUMLAH 288 380 215 264 324

     

  3. Berapakah jumlah peruntukkan dan keuntungan yang diperoleh untuk projek ini dari 2008 - 2012?

    1. Jumlah peruntukkan dan keuntungan yang diperoleh dari projek pertanian dari tahun adalah seperti berikut:

     

    Jumlah Peruntukkan Tahun 2008-2012

     

     

    Daerah

    2008 2009 2010 2011 2012
    Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM)
    GOMBAK /

    PETALING

    883,708.00 582,860.00 409,165.00 627,500.00 983,551.00
    HULU LANGAT 522,836.00 926,041.00 403,180.00 409,415.00 532,430.00

     

     

    Daerah

    2008 2009 2010 2011 2012
    Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM) Peruntukan (RM)
    HULU

    SELANGOR

    461,000.00 424,400.00 251,596.00 492,830.00 419,195.00
    KLANG 936,119.50 438,800.00 418,870.00 436,610.00 445,970.00
    KUALA LANGAT 1,103,400.00 885,591.00 493,678.00 507,934.00 560,008.00
    KUALA

    SELANGOR

    2,273,077.00 1,955,544.00 1,510,060.00 1,851,422.00 2,092,453.00
    SABAK BERNAM 1,729,522.00 2,671,699.50 782,349.00 2,913,490.00 2,282,614.00
    SEPANG 404,500.00 469,008.00 320,113.00 488,101.00 467,930.00
    JUMLAH 8,314,162.50 8,353,943.50 4,589,011.00 7,727,302.00 7,784,151.00

     

    Jumlah Keuntungan atau Nilai Pengeluaran Tahun 2010-2012 (Sistem pengumpulan data Jabatan Pertanian Agrisgeoportal hanya dapat digunakan sepenuhnya bermula tahun 2010)

     

    2010 2011 2012
    Nilai Pengeluaran (RM) Nilai Pengeluaran (RM) Nilai Pengeluaran (RM)
    16,054,324.60 144,569,398.50 75,750,370.31
    2,873,843.50 4,339,036.20 305,301,474.00
    45,780,064.50 48,060,624.75 114,553,930.20
    19,391,380.10 45,352,199.60 62,811,681.08
    21,812,647.64 79,954,068.95 758,080,151.60
    17,614,783.05 132,929,192.41 270,344,414.01
    377,729,957.70 362,229,224.85 485,564,435.81
    21,766,355.45 33,017,185.86 19,216,963.35
    523,023,356.54 850,450,931.12 2,091,623,420.36

     

Lampiran

Tiada Lampiran.