Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
146) KADAR PENGANGGURAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kadar pengangguran yang terkini dalam Negeri Selangor dan pecahannya mengikut lapisan umur, kaum dan jantina?
Bancian terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pengangguran di negeri Selangor adalah seramai 3%.
-
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dalam i) Memberi latihan atau kursus untuk melengkapi mereka dalam peluang pekerjaan yang timbul; ii) Mewujudkan peluang pekerjaan.
Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuklah isu pengangguran. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani masalah pengangguran dengan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan melalui program-program seperti berikut :
Penganjuran program ‘Jom Kerja’ yang diadakan setiap tahun disasarkan kepada golongan belia, baik lepasan sekolah mahupun graduan universiti bagi membolehkan golongan berkenaan mengatur rancangan kerjaya mereka;
Menawarkan bantuan dari segi teknikal kepada golongan belia yang berminat melalui kursus-kursus teknikal yang disediakan di Kolej INSPENS supaya elemen pendidikan yang diterapkan kepada mereka akan membantu golongan sasar ini dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian dan seterusnya mengurangkan pengangguran di negeri Selangor; dan
Pengenalan Skim Kredit Mikro (SKIMSEL) yang disalurkan melalui Yayasan Qardhul Hasan yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pengenalan Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor) bagi membantu
rakyat miskin di negeri Selangor yang tinggal di kawasan bandar. Bantuan berbentuk keusahawanan ini bertujuan untuk membantu usahawan bandar dan luar bandar yang berpotensi untuk berkecimpung dalam perniagaan kecil dan sederhana yang seterusnya secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor.