Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
143) CUKAI PBT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis-jenis cukai dan lesen yang dikutip oleh PBT?
-
Nyatakan kadar setiap jenis cukai dan lesen yang dikenakan oleh PBT?
-
Berapakah jumlah hasil kutipan cukai dan lesen dari 2008-2012 mengikut PBT?
Rizab kewangan Kerajaan Negeri Selangor akan digunakan bagi program, projek dan aktiviti untuk tujuan pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan kelulusan Dewan Negeri Selangor bagi penggunaan rizab negeri untuk projek-projek pembinaan jambatan ketiga Klang sebanyak RM150 juta; pembinaan rumah mampu milik sebanyak RM100 juta; pembinaan sekolah sebanyak RM50 juta; dan pembangunan belia dan keusahawanan sebanyak RM50 juta.
Kerajaan Negeri juga akan memastikan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan cekap dan teratur di samping mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Secara dasarnya, pendekatan yang diambil adalah dengan pelaksanaan usaha-usaha yang berterusan bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan Negeri Selangor di samping pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money). Contohnya adalah mengujudkan sistem tender terbuka di dalam semua perolehan Kerajaan Negeri dan usaha meningkatkan kutipan cukai tanah melalui beberapa kaedah seperti mengenal pasti serta mengasingkan semua hak milik (tertunggak) yang bermasalah agar tindakan susulan dapat diambil; membuka kaunter kutipan di luar pejabat bagi Pejabat Daerah/Tanah di kawasan pedalaman; membuka kaunter pada waktu rehat; dan menambahkan saluran / kaedah pembayaran secara online dan pusat pembayaran di kaunter PBT.
Jadual : Hasil Negeri Selangor Bagi Tahun 2008 hingga 31 Oktober 2013
PERIHAL 2008 2009 2010 2011 2012 2013 RM RM RM RM RM RM Cukai Tanah 433,232,599.80 426,181,233.64 461,731,352.11 455,964,429.98 463,523,574.70 436,982,873.58 Cukai Parit & Taliair 12,235,214.66 8,266,084.42 12,272,427.36 16,936,103.60 24,858,118.56 20,012,283.92 Cukai Hasil Hutan 11,727,385.05 9,564,763.62 11,228,438.18 25,181,825.61 25,233,882.47 22,017,543.20 Royalti Air 14,610,734.41 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Duti Eksais 13,675.00 0.00 0.00 0.00 0.00 0.00 Cukai Hiburan 24,012,640.46 27,549,611.10 32,512,346.66 36,241,097.13 39,481,564.49 40,281,340.25 HASIL CUKAI 495,832,249.38 471,561,692.78 517,744,564.31 534,323,456.32 553,097,140.22 519,294,040.95 (Sumber : Penyata Hasil C1a, SPEKS)