Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
105) BANTUAN PENDIDIKAN ANAK SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dalam Pilihan raya ke 13 baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah menguar-uarkan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pentadbiran Putrajaya maka semua pinjaman di bawah skim PTPTN akan dihapuskan bagi membantu pelajar-pelajar dari menanggung beban hutang. Sebagai tanda kesediaan Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan misi tersebut apakah kerajaan Negeri Selangor akan menghapuskan semua pinjaman pelajaran di bawah Yayasan Selangor?
Sejak 2012 Yayasan Selangor tidak lagi menawarkan Pinjaman Pelajaran, hanya Kerajaan Negeri yang menawarkan pinjaman
-
Apakah Kerajaan Selangor mengiktiraf bantuan pendidikan kepada anak-anak di Selangor yang mempunyai nombor kod kad pengenalan di bawah kod 71?
Bantuan pendidikan akan diiktiraf sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja;
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
- Pemohon Tidak Lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap dan bersekolah di Negeri Selangor melebihi tempoh 11
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama
(Semester Pertama) mulai Julai 2008;
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara
sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh
Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma
sahaja;
- Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian; dan
- Pendapatan isi rumah Ibu Bapa/Penjaga pemohon berjumlah RM1,500 ke bawah.
(Walau bagaimanapun keputusan MMKN MMK Bil 32/2013 pada 23 Oktober memutuskan berkuat kuasa Mei 2013 dengan mengguna pakai syarat kelayakan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 ke bawah)