Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
101) PERMASALAHAN DAN KEBERKESANAN PENGURUSAN JOIN MANAGEMENT BODY (JMB)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Negeri Selangor, dan sejauh manakah keberkesanannya dalam menangani permasalahan ini?
Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani isu kelemahan pengurusan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah seperti berikut:
- Menjadi mediator melalui Jawatankuasa Pemudah Isu-Isu Hartanah Bertingkat (PRIHATIN) bersama penglibatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis dan Unit Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyelesaikan isu-isu kelemahan pengurusan JMB; dan
- Mengeluarkan arahan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) supaya melantik ejen pengurusan untuk pelaksanaan tindakan berikut:
- Melaksanakan fungsi JMB yang gagal dilaksanakan seperti mengadakan mesyuarat agung, mengaudit akaun dan lain-lain yang diperuntukkan Akta-Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]; atau
- Mengambil alih pengurusan dan penyenggaraan pangsapuri sekiranya JMB tidak bekerjasama dengan COB untuk membuat tindakan pembetulan memperbaiki kelemahan pengurusan mereka dengan ejen yang dilantik Pesuruhjaya
Oleh itu, kelemahan pengurusan JMB dapat ditangani secara berkesan dengan melaksanakan tindakan pembetulan atau pengambilalihan pengurusan dan penyenggaraan pangsapuri oleh ahli jawatankuasa pengurusan bersama (JMC) yang baru atau ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya Bangunan.
-
Apakah perancangan selanjutnya dan jangka masa bagi mengatasi masalah ini?
Untuk tahun 2014, Kerajaan Negeri merancang untuk mempergiatkan usaha dalam memperkasa kemahiran JMC melalui kaedah pendidikan seperti berikut:
Melaksanakan kursus secara berkala mengikut zon kawasan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan modul latihan yang seragam di peringkat negeri Selangor;
Menambah baik struktur organisasi COB PBT dengan penambahan pegawai berdasarkan zon kawasan untuk turun padang dalam memastikan semua pengurusan JMB adalah teratur seperti yang diperuntukkan Akta