Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
100) PREMIUM TANAH
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar penentuan premium tanah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Premium tanah yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ke atas kelulusan pemberimilikan tanah adalah seperti berikut:
Mengikut Kaedah-kaedah Tanah Selangor 2003 (pindaan 2005), kadar premium tanah yang dikenakan adalah seperti berikut :
i. Perniagaan ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas ii. Industri ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas iii. Kediaman ½ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas iv. Pertanian Kelapa Sawit ( Industri ) Dalam Bandar : RM 2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM 1,000.00 sehektar
Jangka Panjang (Dusun) Dalam Bandar : RM 800.00 sehektar Luar Bandar : RM 500.00 sehektar
Jangka Pendek (Padi) Dalam Bandar : RM 300.00 sehektar Luar Bandar : RM 100.00 sehektar
smbg Pertanian Ternakan Dalam Bandar : RM 2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM 1,000.00 sehektar
Bagi Tanah Berstatus Rizab Melayu ½ daripada kadar premium yang dikenakan.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2011 Kerajaan Negeri telah memberikan insentif kepada pemilik tanah bagi tujuan kediaman kepada pemilik tanah yang telah lama mendudukinya selaras dengan Pekeliling PTGS 6/2011;
i. Kediaman ¼ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas * Bayaran premium hendaklah dibayar dalam tempoh
6 bulan dari tarikh Notis Borang 5A diterima.
* Bayaran hendaklah dibuat secara sekaligus dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan pemberian diskaun sebanyak 30% daripada premium yang dikenakan
ATAU ;
* Bayaran premium nominal pada kadar RM1000 bagi setiap hakmilik. Bayaran khas akan dikenakan apabila tanah tersebut hendak dipindahmilik melalui proses jual beli seperti formula di atas.
Bagi tanah-tanah yang dipohon secara terus atau tender, premium dikenakan adalah mengikut harga nilaian
-
Adakah terdapat perbezaan premium tanah mengikut daerah dan jenis kegunaan tanah?
Kadar pengiraan premium tanah adalah sama mengikut daerah tetapi kadar pengiraan premium adalah berbeza mengikut jenis kegunaan tanah seperti berikut :
i. Perniagaan ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas ii. Industri ¾ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas iii. Kediaman ½ x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x 99 tahun x luas iv. Pertanian Kelapa Sawit ( Industri ) Dalam Bandar : RM 2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM 1,000.00 sehektar
Jangka Panjang (Dusun) Dalam Bandar : RM 800.00 sehektar Luar Bandar : RM 500.00 sehektar
Jangka Pendek (Padi) Dalam Bandar : RM 300.00 sehektar Luar Bandar : RM 100.00 sehektar
Ternakan Dalam Bandar : RM 2,000.00 sehektar Luar Bandar : RM 1,000.00 sehektar
Bagi Tanah Berstatus Rizab Melayu ½ daripada kadar premium yang dikenakan.