Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

99) PETS Ð SOHO

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status program ibu tunggal PETS-SOHO?

    PROGRAM PEMBERDAYAAN IBU TUNGGAL, BEKERJA DARI RUMAH SELANGOR atau singkatannya (PETS-SOHO) merupakan program yang berkonsepkan mentor-mentee yang menawarkan penyertaan ibu tunggal yang berpendapatan rendah. Program ini telah dilaksanakan melalui lima bidang perniagaan yang di jangka akan menjana pendapatan Ibu Tunggal tersebut – Refleksologi, Teknologi Video Marketing dan Bisnes Mangkuk Tingkat (menyajikan makanan harian kepada pelanggan),Fotografi dan Bisnes Online. Pada awalnya sasaran adalah dijangka seramai sekurang-kurangnya 200 usahawan ibu tunggal akan dihasilkan menerusi program

  2. Senaraikan penerima yang mendapat manfaat daripada program tersebut mengikut DUN.

    Tiada senarai mengikut DUN, kerana program PET SOHO-S ini dibuka dan pemilihan kepada semua ibu tunggal di negeri Selangor yang menepati kelayakan dan kemahiran yang ditawarakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.