Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

93) SEKTOR PERTANIAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bajet untuk Jabatan Pertanian Selangor pada tahun ini?

    Bajet untuk Jabatan Pertanian (Pembangunan) Tahun 2013 adalah RM14,437,050.00

  2. Apakah perincian perbelanjaan yang telah dibelanjakan ?

    Perincian perbelanjaan adalah:

     

    Butiran Projek Tajuk / Nama Projek Peruntukan Tahun Semasa 2013
    01000 Pembangunan Taman Agroteknologi 1,400,000
    02000 Pembangunan Tanaman Makanan 5,040,000
    03000 Pembangunan Tanaman Industri 300,000
    04000 Pembangunan Industri Bunga & Tanaman Hiasan 200,000
    05000 Pembangunan Industri Asas Tani 1,251,000
    06000 Pemb. Pusat Teknologi Pertanian 2,160,000
    07000 Pengurusan Perosak Bersepadu 100,000
    08000 Memajukan Kompleks Pertanian 250,040

     

    Butiran Projek Tajuk / Nama Projek Peruntukan Tahun Semasa 2013
    09000 Pembangunan Agropelancongan 10
    10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu 700,000
    11000 Pembangunan Teknologi Maklumat 520,000
    12000 Perkhidmatan Pengembangan & Perundingan 916,000
    13000 Pengurusan Tanah Bermasalah 250,000
    14000 Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar 250,000
    15000 Pembangunan  Kemudahan       Kejenteraan & Logistik Pertanian 800,000
    16000 Penyelidikan     & Perolehan Teknologi Baru Tanaman 300,000
    JUMLAH 14,437,050
  3. Adakah sebarang peruntukan khusus yang disalurkan dari Exco Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa untuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan para nelayan?

    Tiada peruntukan khusus untuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Walau bagaimanapun, peruntukan untuk membantu para nelayan di Negeri Selangor di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian (EXCO Pemodenan Pertanian) adalah melalui Jabatan Perikanan Negeri Ianya merangkumi pelbagai jenis bantuan termasuklah bantuan seperti bot, enjin, pukat dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan perikanan untuk nelayan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.