Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

87) PERLAKSANAAN PROJEK PEMBANGUNAN DALAM BAJET 2013

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa peratus bajet tahunan untuk pembangunan dapat dilaksanakan setiap tahun dari tahun 2008 hingga 2012?

    Berikut adalah prestasi perbelanjaan pembangunan Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 hingga 2012. Peratus perbelanjaan peruntukan pembangunan dan prestasi perbelanjaan bagi tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti di jadual di

     

    Jadual 1: Prestasi Tahunan Perbelanjaan Pembangunan

     

     

    Tahun

    Peruntukan Dikemas kini (RM)  

    Perbelanjaan (RM)

     

    Peratus (%)

    2008 828,271,628.00 805,302,525.87 97.23%
    2009 787,667,495.74 714,106,227.43 90.66%
    2010 597,400,009.60 550,451,932.11 92.14%
    2011 620,028,000.00 502,378,798.91 81.03%
    2012 684,411,757.21 647,674,187.02 94.63%
    JUMLAH 3,517,778,890.55 3,219,913,671.34 91.53%

     

  2. Senaraikan jabatan yang gagal untuk melaksanakan bajet pembangunan di bawah 80% dari tahun 2008 hingga 2012

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan sebagaimana yang dirancang. Walau bagaimanapun, di atas beberapa kekangan antaranya isu berkaitan tanah, utiliti dan sebagainya menyebabkan ada beberapa jabatan yang tidak mencapai tahap 80% di dalam belanja pembangunan. Antara jabatan tersebut adalah seperti jadual di bawah:

     

    Jadual    :    Perbelanjaan    Di    Bawah   80%    Peruntukan    Pembangunan Mengikut Tahun

     

     

    Tahun

     

    Jabatan

     

    Peruntukan

     

    Perbelanjaan

     

    Peratus

     

    2008

     

    Tiada

     

     

    2009

    P13

    Jabatan Pengairan dan Saliran

     

     

    65,200,000.00

     

     

    45,107,997.72

     

     

    69.18%

     

     

    2010

    P14

    Jabatan Agama Islam (JAIS)

     

    123,501,000.94

     

    97,544,699.88

     

    78.98%

    P27

    Jabatan Kehakiman dan Syariah (JAKESS)

     

     

    872,000.91

     

     

    388,740.30

     

     

    44.58%

     

     

    2011

    P12

    Jabatan Kerja Raya

     

    153,100,000.00

     

    113,847,712.38

     

    74.36%

    P14

    Jabatan Agama Islam (JAIS)

     

    110,600,000.00

     

    66,793,879.75

     

    60.39%

    P27

    Jabatan Kehakiman dan Syariah (JAKESS)

     

     

    12,500,000.00

     

     

    3,145,914.49

     

     

    25.17%

     

     

    Tahun

     

    Jabatan

     

    Peruntukan

     

    Perbelanjaan

     

    Peratus

     

    2012

    P27

    Jabatan Kehakiman dan Syariah (JAKESS)

     

     

    12,500,000.00

     

     

    9,918,493.48

     

     

    79.35%

  3. Apakah tindakan yang telah diambil ke atas jabatan tersebut bagi memastikan bajet ini dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau prestasi perbelanjaan jabatan bagi memastikan jabatan mencapai sasaran perbelanjaan yang ditetapkan dan melaksanakan projek-projek yang dirancang. Antaranya adalah melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Selangor (JKTNg) dan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Pembangunan Negeri yang dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor bagi membincangkan isu dan masalah serta mencari kaedah penyelesaian yang terbaik bagi memastikan projek dan program yang dirancang dan dalam pelaksanaan berjalan

     

    Dalam masa yang sama, pemantauan berterusan dibuat oleh pihak UPEN di dalam mesyuarat dan perjumpaan bersama jabatan yang berkaitan bagi memastikan peruntukan dan projek atau program berjalan mengikut jadual dan sasaran yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.