Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

78) PENYAKIT KENCING TIKUS (LEPTOSPIROSIS)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan mengikut daerah laporan berlakunya kes penyakit kencing tikus?

    Status Leptospirosis bagi tahun 2013

     

    Jumlah kes penyakit Leptospirosis yang dilaporkan pada tahun ini sehingga Oktober 2013 ialah 134 kes dengan 7 kematian. Bilangan kes mengikut daerah adalah seperti jadual 1.

     

    Jadual 1. Taburan kes sah Leptospirosis Selangor mengikut daerah

     

    PEJABAT KESIHATAN 2012 2013 (sehingga Oktober

    2013)

    Kes disahkan makmal Kes disahkan makmal
    GOMBAK 15 8
    HULU LANGAT 15 36
    HULU SELANGOR 33 24
    KLANG 21 7
    KUALA LANGAT 15 0
    KUALA SELANGOR 4 1
    PETALING 24 32

     

    PEJABAT KESIHATAN 2012 2013 (sehingga Oktober

    2013)

    Kes disahkan makmal Kes disahkan makmal
    SABAK BERNAM 27 14
    SEPANG 0 12
    JUMLAH 154 (8) 134(7)

     

    (    ) kematian telah disahkan disebabkan Leptospirosis

     

    Analisa ke atas faktor risiko bagi kes disahkan melalui ujian makmal  mendapati  28% daripada kes ada sejarah melawat kawasan rekreasi, 34% tiada lawatan /tiada pendedahan ke tempat berisiko dan hanya terdedah kepada infestasi tikus di rumah.

     

  2. Berapakah bilangan premis perniagaan yang disita sejak tahun 2008 sehingga kini dan senaraikan mengikut PBT?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kebanyakkan tindakan sitaan dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah. Walau bagaimanapun, terdapat PBT yang menjalankan tindakan sitaan masing-masing seperti berikut:

     

     

    TAHUN

    BILANGAN PREMIS DISITA
    2008 2009 2010 2011 2012 2013
    MBSA 0 5 28 11 3 13
    MBPJ 11 14 24 29
    MPSJ 41 43 86 32 9 5
    MPKJ 17 19 31 24 31 23

     

  3. Apakah tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan sekiranya berlaku saman berulang atas kesalahan yang sama?

    Bagi premis makanan yang tidak mencapai piawaian akan dikenakan kompaun dan notis bertulis. Pemarkahan premis dibuat sekiranya kurang daripada 50%, premis akan diarahkan tutup selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penambahbaikan premis

     

    Setiap pengusaha makanan yang dikenakan arahan penutupan    premis disarankan menghadiri semula kursus pengendalian makanan                   dan menduduki ujian ringkas selepas menghadiri kursus  bagi menjamin semua pengendali makanan memahami dan     melaksanakan kebersihan di premis makanan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.