Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

77) TABUNG BENCANA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tabung bencana kerajaan negeri yang dilancarkan oleh Y.A.B. Menteri besar yang lalu?

    Tabung yang dilancarkan oleh Y.A.B Menteri yang lalu dinamakan sebagai Tabung Amanah Bencana Alam (TABA) dan telah diwujudkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 pada 12 Julai 2011 (Enakmen No. 9 Tahun 2011). Ketetapan untuk penubuhannya telah dibuat di Dewan Negeri Selangor pada 4 Mei 2011 di bawah Seksyen 10(4)(b), Akta Tatacara Kewangan

     

    Peruntukan kewangan bagi penubuhan Tabung tersebut adalah melalui suntikan modal oleh Kerajaan Negeri yang berjumlah RM50 juta. Peruntukan akan disalurkan secara berperingkat dalam tempoh lima (5) tahun bermula pada tahun 2011.

     

    Sehingga kini, peruntukan terkumpul yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM30 juta di mana baki sebanyak RM20 juta lagi akan disalurkan secara berperingkat sehingga menjelang tahun 2015.

     

    Peruntukan ini telah dilaburkan dalam instrumen-instrumen pelaburan bagi meningkatkan pendapatan bagi tujuan penggunaan bencana alam di masa hadapan. Sehingga 30 September 2013, jumlah dana terkumpul bagi tabung ini (belum beraudit) adalah sebanyak RM30.21 juta.

  2. Apakah bentuk bencana yang boleh disalurkan?

    Terdapat dua (2) jenis Tabung Amanah di bawah pengelolaan Kerajaan Negeri Selangor seperti berikut :-

     

    Tabung Amanah Bencana Alam (TABA) ditubuhkan di bawah Enakmen Tabung Amanah Bencana Alam 2011 (Enakmen No. 9 Tahun 2011) – Seksyen 10(4)(b), Akta Tatacara Kewangan

     

    –                      Bentuk bencana yang disalurkan:-

     

    Dana TABA tersebut boleh digunakan membantu Kerajaan Negeri menampung perbelanjaan berkaitan bencana dengan penggunaan keuntungan dan lebihan yang dijana daripada dana permulaan yang disuntik ke dana TABA.

     

    1. Tabung Bencana Khas Negeri Selangor di tubuhkan di bawah Seksyen 10 (4) (b) melalui resolusi Dewan Undangan Negeri. Pada tahun 2012 tabung ini dipinda di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan  Tabung Bencana ini dikhaskan untuk memberi bantuan kepada rakyat negeri Selangor seperti di dalam Kertas MMKN No. 1/23/2004 bertarikh 15 Julai 2004 – Para 2.1 “Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kesusahan yang sering dialami oleh rakyat negeri ini yang ditimpa bencana”.

     

    –                      Bentuk bencana yang disalurkan:-

     

    • Membantu kerja-kerja menyelamat dan kerja-kerja yang berkaitan
    • Membiayai bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa-mangsa bencana, waris-waris mangsa dan mereka-mereka yang secara langsung atau tidak langsung yang terlibat dengan bencana

    berkenaan.

    • Membiayai penyediaan makanan dan minuman kepada mangsa-mangsa bencana KECUALI mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat
    • Membiayai penyediaan makanan dan minuman petugas yang terlibat sepanjang bencana
    • Membuat rekupmen setiap Tabung Bencana Daerah tertakluk kepada had siling/ amaun pusingan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pentadbir DAN
    • Lain-lain perbelanjaan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah JPBBD setelah berunding dengan Y.B Pegawai Kewangan Negeri.
    • Kadar Bantuan yang dibenarkan :

     

     

    Bil

     

    Perkara

     

    Kadar maksimum (RM)

     

    1.

     

    Mangsa banjir, tanah runtuh dan ribut

     

    500.00

     

     

    2.

     

    Mangsa Kebakaran :

    (a)          Musnah keseluruhan

    (b)         Musnah sebahagian

     

    500.00

    250.00

     

     

     

     

    Bil

     

    Perkara

     

    Kadar maksimum (RM)

     

    3.

     

    Waris kepada mangsa bencana yang meninggal dunia.

     

    1,000.00

  3. Mengapa banjir kilat tidak boleh dikategorikan sebagai bencana sedangkan kesan dan akibat adalah sama seperti banjir kekal?

    Banjir kilat tidak boleh dikategorikan sebagai bencana kerana:-

     

    Bencana banjir berlaku disebabkan bumi atau kawasan tadahan yang terlibat (dengan syarat kawasan tersebut dalam keadaan semula jadi dari segi profil dan bentuk muka buminya) tidak mampu menampung lebat hujan (storm water) yang turun, yang mana putaran air tidak dapat

     

    Manakala banjir kilat disebabkan oleh limpahan lebihan hujan yang turun di kawasan yang telah diganggu dan kawasan tersebut tiada langsung peluang untuk putaran air berfungsi, dengan lain perkataan ianya berpunca daripada manusia sendiri.

     

    Banjir kilat berlaku dalam tempoh-tempoh tertentu yang melibatkan kerugian kecil dan boleh diatasi manakala bencana alam (banjir) adalah bagi kejadian hujan lebat yang berlarutan dan menyebabkan perpindahan serta kehilangan nyawa sehingga boleh menyebabkan hampir lumpuh semua sistem.

     

    Arahan MKN No. 20, yang menyatakan bahawa bencana alam diklasifikasikan untuk kejadian banjir, kemarau, tanah runtuh dan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.