Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

69) PEMBINAAN LEBUH RAYA BARU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peranan yang dimainkan dan kelulusan yang diperlukan daripada kerajaan negeri Selangor dan PBT dalam pembinaan sebarang projek pembinaan lebuh raya?

    Kerajaan Negeri mempunyai kuasa bagi memberikan kelulusan dalam sebarang pembinaan lebuh raya baru di Negeri Selangor. Ini adalah kerana sebarang cadangan jajaran pembinaan lebuh raya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan maklum balas daripada semua agensi / jabatan teknikal yang berkaitan. Kerajaan Negeri juga telah menetapkan agar PBT yang terlibat di dalam pembangunan sesebuah lebuh raya baru agar dapat mengadakan sesi pendengaran awam bagi memuktamadkan jajaran yang

     

    Keputusan mesyuarat tersebut akan dibentangkan kepada pengetahuan Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebelum diputuskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk kelulusan. Kerajaan Negeri juga menetapkan agar konsesi berkaitan memaklumkan kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri terlebih dahulu mengenai cadangan tersebut bagi memudahkan wakil rakyat menjawab sebarang pertanyaan atau bantahan dari rakyat sekiranya ada.

     

  2. Apakah status terkini pembinaan Lebuh raya Kinrara Ð Damansara (KIDEX) dan Lebuh raya Sungai Besi Ð Hulu Kelang (SUKE)?

    Status projek pembinaan Lebuh raya Kinrara – Damansara (KIDEX) kini masih di dalam proses terakhir penyediaan deraf perjanjian konsesi (concession agreement – CA) di antara pihak Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) bersama pihak konsesi lebuh raya yang

     

    Manakala konsesi projek Lebuh raya Sungai Besi – Hulu Kelang (SUKE), PROLINTAS Sdn. Bhd. telah mempersetujui dan menandatangani CA di antara Kerajaan Persekutuan pada bulan September 2013. Menurut kepada CA ini, pihak konsesi diberi tempoh masa selama 12 bulan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan seperti mengemukakan ‘Financial Closure’ dan ‘Public Opinion Survey’ sebelum CA tersebut dimuktamadkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.