Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

67) PENYELENGGARAAN SAMPAH OLEH PBT

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah tahap penyelenggaraan sampah di kawasan PBT ketika ini?

    Tahap penyelenggaraan sampah di semua PBT adalah baik berikutan aduan berkenaan sampah sarap tidak dikutip adalah semakin berkurangan kerana adanya pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan. Jika ada aduan ia disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya ialah terdapat orang atau pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya dan terjadinya tapak pembuangan sampah

  2. Adakah jumlah pekerja mencukupi untuk mengendalikan pembersihan sampah di kawasan tadbiran PBT yang semakin membesar

    Kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan PBT dilakukan oleh pekerja-pekerja kontraktor yang dilantik dan dibahagikan mengikut kawasan-kawasan tertentu. PBT akan memilih kontraktor yang benar-benar memenuhi syarat dan kelayakan untuk menjalankan perkhidmatan kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam supaya masalah tidak timbul pada masa akan datang. Selain itu, PBT juga mempunyai pasukan back-up sekiranya terdapat aduan atau

  3. Nyatakan kos penyelenggaraan sampah terkini mengikut PBT dari segi bayaran gaji dan peralatan?

    Kos keseluruhan penyelenggaraan sampah terkini mengikut PBT dari segi bayaran gaji dan peralatan ialah seperti berikut:-

     

    BIL. PBT KOS PENGURUSAN SAMPAH TERKINI
    1. MBSA RM50.50 JUTA
    2. MBPJ RM60.21 JUTA
    3. MPSJ RM69.00 JUTA
    4. MPKj RM20.00 JUTA
    5. MPS RM40.00 JUTA

     

    BIL. PBT KOS PENGURUSAN SAMPAH TERKINI
    6. MPK RM20.10 JUTA
    7. MPAJ RM38.00 JUTA
    8. MPSp RM7.90 JUTA
    9. MDKS RM3.70 JUTA
    10. MDKL RM17.60 JUTA
    11. MDSB RM161 RATUS RIBU
    12. MDHS RM19.60 JUTA
    JUMLAH RM343.77JUTA
    1. Kos keseluruhan penyelenggaraan sampah terkini mengikut PBT dari segi bayaran gaji dan peralatan ialah seperti berikut:-

     

    BIL. PBT KOS PENGURUSAN SAMPAH TERKINI
    1. MBSA RM50.50 JUTA
    2. MBPJ RM60.21 JUTA
    3. MPSJ RM69.00 JUTA
    4. MPKj RM20.00 JUTA
    5. MPS RM40.00 JUTA

     

    BIL. PBT KOS PENGURUSAN SAMPAH TERKINI
    6. MPK RM20.10 JUTA
    7. MPAJ RM38.00 JUTA
    8. MPSp RM7.90 JUTA
    9. MDKS RM3.70 JUTA
    10. MDKL RM17.60 JUTA
    11. MDSB RM161 RATUS RIBU
    12. MDHS RM19.60 JUTA
    JUMLAH RM343.77JUTA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.