Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
66) BANGUNAN WARISAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kawasan/bangunan warisan yang dikenal pasti dan digazet sebagai warisan negeri/negara mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008- 2013.
Senarai kawasan / bangunan warisan yang dikenal pasti dan digazetkan sebagai warisan Negeri /Negara mengikut pecahan bagi setiap daerah bagi tahun 2008-2013 adalah seperti di LAMPIRAN A.
-
Apakah kriteria untuk sesuatu kawasan/bangunan boleh diiktiraf sebagai warisan dan badan manakah yang bertanggungjawab untuk menilai dan meluluskan pengiktirafan ini?
i) Justifikasi / kriteria bagi bangunan lama atau monumen itu dapat digazetkan adalah berdasarkan kepada:
- Bangunan tersebut mempunyai nilai sejarah dan signifikan yang berkaitan dengan negeri atau negara walaupun bangunan tersebut tidak berumur lebih dari 100 tahun contoh bangunan Menara Berkembar Kuala Lumpur
- Bangunan tersebut berumur lebih dari seratus tahun
- Bangunan tersebut mempunyai nilai seni bina
- ii) Jabatan yang bertanggungjawab bagi meluluskan pengiktirafan bagi peringkat negeri dan Kebangsaan adalah di bawah Jabatan Warisan Negara dan pencalonan sebagai warisan dunia adalah di bawah kuasa dan pengiktirafan UNESCO.
-
Apakah insentif yang disediakan oleh Jabatan berkenaan untuk memulihara kawasan/bangunan warisan?
Untuk makluman tiada penyaluran peruntukan dana bagi tujuan pemuliharaan bangunan-bangunan lama ke PADAT. Walau bagaimanapun insentif yang diperolehi daripada Jabatan Warisan Negara ialah perlaksanaan bagi kerja- kerja konservasi dan restorasi bagi tujuan pengukuhan bangunan-bangunan lama yang ditentukan oleh Jabatan