Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
39) INDUSTRI BURUNG WALIT
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah rancangan kerajaan Selangor dalam membangunkan industri Pembelaan Burung Walit di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri telah pun meluluskan UUK Burung Walit bagi memastikan industri ini dapat dibangunkan mengikut peraturan yang ditetapkan. Industri Pembelaan Burung Walit ini hanya dibenarkan diusahakan di tanah berstatus pertanian sahaja.
Kerajaan Negeri juga memberikan tempoh masa yang secukupnya untuk para pengusaha yang beroperasi di kawasan komersial dan sawah padi berpindah ke kawasan pertanian. Lesen hanya akan dikeluarkan kepada pengusaha Burung Walit yang beroperasi di kawasan komersial dan kawasan sawah padi yang memohon ke PBT sebelum 31 Disember 2013. Tiada lagi lesen akan dikeluarkan kepada pengusaha burung walit yang beroperasi di premis perniagaan dan kawasan sawah selepas tarikh itu.
Tempoh kuat kuasa lesen bagi kawasan komersial hanya tiga (3) tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016 manakala untuk pengusaha yang beroperasi di kawasan sawah padi tempoh kuat kuasa lesen hanya tujuh (7) tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2020 diberikan. Pembaharuan lesen adalah secara tahunan. Manakala bagi kawasan sawah padi pembaharuan boleh dibuat setiap 3 tahun.
Pengusaha yang berpindah ke kawasan pertanian (selain sawah padi) sebelum/pada masa tamat tempoh tersebut, akan mendapat insentif berupa pengecualian cukai taksiran, cukai tanah dan lesen perniagaan untuk tempoh selama 5 tahun bermula daripada tarikh keluar premis asal.