Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

35) TANAH SEBAGAI TAPAK PERSEKOLAHAN SJK (C) DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SJK (C) di DUN Teratai dalam tahun 2013-2014.

    Pada masa kini pihak Kementerian Pelajaran memfokuskan kepada pembinaan sekolah kebangsaan yang dapat diikuti oleh semua kaum sesuai dengan tujuan untuk perpaduan kaum. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tiada halangan dalam meluluskan permohonan bagi tujuan tapak sekolah SRJK(C) di DUN Teratai tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pelajaran. Di sekitar Bandar Ampang tiada lagi tanah kerajaan bagi tujuan tapak sekolah. Tapak-tapak sekolah sedia ada adalah serahan tanah kepada kerajaan oleh pemaju-pemaju perumahan dan diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah

  2. Apakah sebab Kerajaan Negeri belum menjadikan kawasan lapang tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju dan/atau di Jalan Saga 24, Taman Saga sebagai tapak persekolahan SJK (C)?

    Kerajaan Negeri belum menjadikan kawasan lapang di tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju Ampang dan di Jalan Saga 24 , Taman Saga adalah disebabkan perkara-perkara berikut :

     

    Tapak sekolah di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju Ampang (Lot 44138)

    • Semakan ke atas pelan tatatur yang diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor bertarikh 1/11/1997 tapak merupakan rezab sekolah
    • Tapak tersebut juga telah dizonkan bagi kegunaan pendidikan (sekolah menengah) di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (BPK 6).
    • Walau bagaimanapun, merujuk surat Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat bertarikh 26 April 2011 (dilampirkan) , tapak tersebut bukan merupakan rezab sekolah bersepadu sebaliknya adalah tanah hak milik syarikat PAPPOS Development Sdn.

     

    • Jalan Saga 24 , Taman Saga
    • Semakan ke atas pelan tatatur yang diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor bertarikh 8/10/1988, tapak merupakan rezab
    • Tapak tersebut juga dizonkan bagi kegunaan pendidikan (Sekolah Menengah) di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (BPK 5).

Lampiran

Tiada Lampiran.