Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

18) PEMBINAAN SAMBUNGAN LRT KELANA JAYA – PUTRA HEIGHTS

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri sudah bersetuju sepenuhnya tentang projek ini dan bilakah persetujuan ini diberikan?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 27 Mei 2009 telah bersetuju terhadap Projek Pembinaan LRT Kelana Jaya

    – Putra Heights.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sangat menyedari bahawa terdapat bantahan yang diterima daripada penduduk berhubung pembinaan dan jajaran LRT yang dianggap berisiko tinggi. Semua bantahan penduduk telah didengari melalui beberapa sesi pendengaran awam yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.

     

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN juga telah bersetuju bagi melantik dua (2) orang perunding bebas bagi menyediakan laporan kajian terperinci terhadap Risiko Kejuruteraan Geoteknik, Risiko Pembinaan di Tapak Sensitif, dan pelbagai aspek teknikal yang terlibat di dalam pembinaan jajaran LRT tersebut.

  2. Apakah usaha kerajaan negeri membantu penduduk setempat yang risau tentang keselamatan mereka disebabkan jajaran yang dibina adalah berisiko tinggi

    Hasil kajian dan lawatan tapak mendapati bantahan penduduk adalah disebabkan kewujudan tasik buatan bekas kuari bersebelahan dengan kawasan perumahan mereka dengan kedudukan paras air yang melebihi permukaan tanah mereka. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah mitigasi telah disyaratkan kepada pihak pemaju projek untuk dilaksanakan bagi memastikan keselamatan penduduk

  3. Apakah pihak berkuasa tempatan (MPSJ dan MBSA) tidak berkuasa memantau situasi di kawasan pembinaan kerana aduan seperti pagar keselamatan dan kerja sehingga jam 10 malam terus berlaku.

    Pihak Berkuasa Tempatan (MPSJ dan MBSA) mempunyai kuasa penuh terhadap sebarang tindakan yang boleh dikenakan kepada setiap pemaju projek. Ini termasuklah dalam mengeluarkan notis ”Stop Work Order” jika pemaju gagal mengambil tindakan terhadap aduan yang dimaklumkan. Selain daripada itu, PBT juga mempunyai kuasa bagi tidak memberikan kelulusan kebenaran merancang jika pemaju gagal memenuhi syarat-syarat yang

Lampiran

Tiada Lampiran.