Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

15) GAJI / ELAUN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah gaji / elaun Pengerusi JKKK?

    Di negeri Selangor, terdapat seramai 368 orang Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung. Elaun bagi Pengerusi JKKK adalah sebanyak 00 sebulan. Terdapat juga elaun tambahan bagi ketua kampung iaitu Elaun Menghadiri Mesyuarat / Program adalah sebanyak RM40.00 setiap kali menghadiri mesyuarat. Walau bagaimanapun, jumlah maksimum elaun ini adalah tetap sebanyak RM400.00 sahaja sepanjang tahun.

  2. Berapakah peruntukkan untuk JKKK setiap kampung mengikut daerah?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM10,000.00 setahun bagi setiap 491 buah kampung Tradisi/ Baru/ Bagan dan Komuniti India berjumlah RM4,910,000.00 setahun .Peruntukan ini adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti kampung dan program mesra

     

    Perincian peruntukan mengikut daerah seperti jadual di bawah:-

     

    Jadual: Perincian Peruntukan Mengikut Daerah

     

     

    Daerah

    Perincian Kampung Jumlah Kampung Peruntukan 2013 (RM)
    Kg Tradisi Kg Baru Komuniti India
    Petaling 19 7 6 32 320,000.00
    Gombak 35 14 5 54 540,000.00
    Klang 33 4 7 44 440,000.00
    Kuala Langat 34 2 4 40 400,000.00

     

     

    Daerah

    Perincian Kampung Jumlah Kampung Peruntukan 2013 (RM)
    Kg Tradisi Kg Baru Komuniti India
    Hulu Langat 61 12 4 77 770,000.00
    Sepang 19 4 3 26 260,000.00
    Kuala Selangor 55 10 9 74 740,000.00
    Hulu Selangor 33 13 5 51 510,000.00
    Sabak Bernam 79 12 2 93 930,000.00
    Jumlah 368 78 45 491 4,910,000.00
  3. Apakah peranan JKKK bagi memastikan perpaduan masyarakat di peringkat akar umbi?

    Ketua Kampung dan JKKK merupakan wakil pimpinan Kerajaan Negeri di peringkat akar umbi. Peranan JKKK di setiap kampung adalah bagi memastikan bahawa segala dasar kerajaan dapat disampaikan terus kepada penduduk di kampung tersebut. Selain itu juga, ketua kampung juga berperanan sebagai medium perantara untuk memaklumkan kepada pimpinan Kerajaan Negeri mengenai masalah-masalah serta keperluan-keperluan penduduk Kampung di samping bertanggung jawab menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat kampung. Ketua Kampung berperanan menjaga keamanan penduduk kampung tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman

Lampiran

Tiada Lampiran.