Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

12) MERAKYATKAN EKONOMI NEGERI SELANGOR (MES)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan terbaru bagi kelangsungan MES?

    Sepertimana tema bajet 2014 iaitu ‘Meneruskan Kecemerlangan’, program- program MES sebelum ini bukan sahaja akan diteruskan malah akan sentiasa ditambah baik demi kelangsungan keprihatinan Kerajaan Negeri kepada Rakyat

  2. Kenapakah program ÒJOM ShoppingÓ SMUE diberhentikan?

    JOM Shopping merupakan satu program ‘one off’ yang diwujudkan sebagai salah satu manfaat semasa hidup bagi warga emas yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas. Sejumlah RM10 juta telah diperuntukkan di peringkat awal dan kemudiannya telah ditambah RM1.6 juta pada awal tahun 2013 yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM11.6 juta semuanya. Ia sudah pastinya tidak diberikan kepada seluruh ahli yang berdaftar tetapi mengutamakan mereka yang telah lama berdaftar menjadi ahli SMUE. Pendekatan yang digunakan adalah “first come , first serve” dan siapa yang berminat

Lampiran

Tiada Lampiran.