Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

10) MEMBAIK PULIH JALAN-JALAN KAMPUNG TRADISI DI PINGGIR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak jalan-jalan dan longkang di kampung-kampung tradisi di kawasan pinggir bandar terletak di tanah-tanah persendirian. Jalan-jalan ini telah wujud sekian lama. Mesyuarat MMKN terdahulu telah meluluskan agar peruntukan Kerajaan Negeri boleh digunakan untuk membaiki jalan-jalan yang telah sedia ada. Berapa banyak jalan-jalan tersebut telah direkodkan oleh pihak PBT atau Pejabat Daerah?

    Tiada rekod khusus bagi jalan/laluan awam yang berada di tanah hak milik persendirian. Walau bagaimanapun, pada ketika ini Jabatan/Agensi terlibat telah melaksanakan tindakan proaktif untuk mengumpulkan maklumat dan merekodkan jalan/laluan awam yang berada di atas tanah hak milik persendirian. Perkara ini masih di dalam proses awal pengumpulan maklumat tersebut.

  2. Berapa peruntukan disediakan untuk membaiki jalan-jalan tersebut?

    Lazimnya, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khusus bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan/baik pulih jalan di tanah hak milik persendirian. Sekiranya peruntukan Kerajaan Negeri ingin digunakan, maka pemilik tanah perlu menyerahkan tanah hak milik yang digunakan untuk laluan awam kepada Kerajaan Negeri untuk

    Walau bagaimanapun permohonan untuk penyelenggaraan dan baik pulih ini boleh mengguna pakai peruntukan ADUN/EXCO bagi kerja-kerja tersebut

  3. Apakah halangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakannya?

    Sememangnya terdapat halangan dan kekangan bagi Kerajaan Negeri menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan/baik pulih jalan dan longkang di tanah hak milik persendirian. Bagi tanah hak milik persendirian yang dijadikan laluan awam, ianya perlulah melalui proses serah semula kepada Kerajaan Negeri bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan

Lampiran

Tiada Lampiran.