Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

6) BELIA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan Kerajaan Negeri Selangor dari segi latihan kemahiran / vokasional bagi belia-belia di desa?

    Dasar dan perancangan Kerajaan Negeri Selangor dari segi latihan kemahiran / vokasional bagi belia-belia di desa adalah melalui kerjasama yang dijalinkan bersama pihak INSPENS untuk memberikan latihan seperti dalam bidang kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, motosikal, sistem komputer dan penyaman udara. Latihan-latihan yang dijalankan ini sebagai persediaan kepada mereka dalam menghadapi persaingan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran / vokasional. Di samping itu, kerajaan negeri juga telah mengadakan program-program seperti SPIES untuk menonjolkan aspek kepimpinan di kalangan belia sebagai pemimpin pada masa akan

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan penghijrahan belia dari desa ke kota?

    Rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengurangkan penghijrahan belia dari desa ke kota adalah melalui langkah-langkah sebagaimana berikut :-

     

    Sektor pertanian perlu dimajukan dengan memberi bantuan kewangan, bantuan nasihat dan menyatukan kawasan tanah pertanian yang sempit dalam konsep pertanian bersepadu. Kaedah moden diperkenalkan seperti menggalakkan penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi, penggunaan jentera, baja organik, racun serangga supaya hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Di samping itu, pihak kerajaan juga perlu memperbaiki kemudahan infrastruktur di luar bandar. Bekalan elektrik, air, kemudahan perhubungan dan pengangkutan perlu dibina di kawasan luar bandar. Dengan kemajuan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, maka mereka tidak akan berhijrah ke bandar. Keadaan ini dapat mengawal proses urbanisasi yang

     

    Untuk mengurangkan aliran penduduk kawasan desa boleh digalakkan untuk membangunkan dalam sektor industri desa seperti industri memproses hasil-hasil pertanian, industri kraf tangan dan industri makanan. Dengan ini kawasan luar bandar akan dimajukan. Usaha-usaha memodenkan ekonomi luar bandar dibantu dengan pinjaman kewangan oleh kerajaan negeri serta khidmat nasihat oleh badan-badan tertentu. Dengan proses memodenkan ekonomi luar bandar, penduduk luar bandar akan melibatkan dalam sektor-sektor ekonomi moden ini dan mewujudkan peluang bagi mereka untuk memajukan ekonomi diri sendiri

Lampiran

Tiada Lampiran.