Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

5) BANJIR KILAT DI PANDAMARAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banjir kilat telah melanda kawasan Pandamaran pada 3 September 2013 dan 5 September 2013 mengakibatkan 557 keluarga mengalami kerosakan harta benda yang serius. Apakah pendekatan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir tersebut?

    Pendekatan yang diambil bagi mengatasi masalah banjir tersebut adalah dengan melaksanakan program atau pelan strategik yang telah dirancang di antaranya adalah seperti berikut :

     

    • Pendekatan jangka pendek dan berterusan iaitu dengan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan secara berkala terhadap sistem perparitan dan seperti kolam takungan serta rumah pam sedia

     

    • Membuat kerja-kerja pembaikan terhadap perparitan sedia ada bagi melancarkan alir

     

    • Melaksanakan pembangunan   pembinaan    perparitan    atau    sistem kawalan                  banjir berdasarkan kepada Pelan Induk Pengurusan Aliran Ribut dan Kajian Perparitan Klang yang disediakan pada  tahun  2009 oleh Jabatan Pengairan & Saliran

     

    Merujuk kepada Pelan Induk tersebut, kawasan Pandamaran juga merupakan sebahagian kawasan tadahan di mana ianya terletak di dalam kawasan tadahan Sungai Aur dengan perancangan yang telah dicadangkan seperti membina parit-parit konkrit dan komponen- komponennya.

     

    Perlaksanaan kerja akan dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut keutamaan dan juga berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan. Jumlah peruntukan yang diperlukan bagi rancangan tebatan banjir kawasan tadahan Sg Aur adalah  sebanyak  RM112  juta berbanding dengan kos keseluruhan kawasan Klang berjumlah RM1.4 billion.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menaik taraf kunci-air 51 di Jalan Papan Pandamaran dan membesarkan kolam tahanan yang sedia ada dan juga menaik taraf parit dan ÔculvertÕ di Lorong Chinniah, Pandamaran untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Pandamaran?

    Pada masa ini dimaklumkan pihak JPS Klang telah memanggil kerja-kerja menaik taraf kunci air 51 di Jalan Papan, Pandamaran. Terdapat parit konkrit di Lorong Chinniah yang di selenggara oleh Majlis di mana masalah banjir yang berlaku di kawasan tersebut juga dipengaruhi oleh pengawalan dan kapasiti kunci air 51 yang terletak di hilir kawasan

Lampiran

Tiada Lampiran.