Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

4) PELABUR LUAR KE NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ramai pelabur-pelabur luar yang datang melabur di Negeri Selangor ?

    Faktor-faktor utama yang menyebabkan Selangor terus dipilih sebagai destinasi pelaburan oleh pelabur-pelabur domestik dan luar adalah seperti berikut;-

     

    • Polisi dan kestabilan
    • Insentif pelaburan yang menarik daripada Kerajaan
    • Dasar Kerajaan Negeri yang mesra
    • Kedudukan Negeri Selangor yang strategik dan berdekatan dengan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan pintu masuk
    • Kemudahan asas yang lengkap serta jalinan hubungan jalan raya yang terbaik.
    • Kemudahan pelabuhan dan lapangan terbang untuk import dan
    • Kemudahan pendidikan dan perubatan untuk pelabur asing (expatriate).
    • Kemudahan tempat rekreasi seperti kelab golf dan pusat membeli belah yang bertaraf
    • Penggunaan bahasa Inggeris yang meluas memudahkan para pelabur berkomunikasi dengan pekerja
    • Hak Perlindungan Harta Intelek
    • Penawaran buruh berkemahiran
  2. Nyatakan bentuk-bentuk insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada pelabur-pelabur dari luar agar mereka dapat terus melabur di Negeri Selangor.

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif berbentuk kewangan. Tetapi, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenal pasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu

     

    para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

  3. Senaraikan 7 buah Negara luar tertinggi yang melabur di Negeri Selangor dengan bidang dan jumlah pelaburan mereka, serta jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan.

     

    Senarai 7 buah Negara luar tertinggi yang melabur di Negeri Selangor dengan jumlah pelaburan serta jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti jadual di bawah;-

     

    Projek Perkilangan Yang Diluluskan Mengikut Penyertaan Asing Bagi Tempoh 2000 Hingga 2013 Di Negeri Selangor

     

    Bil. Negara Projek Peluang Pekerjaan Jumlah Modal Pelaburan (RM) (RM

    Bilion)

    1. Japan 424 31,809 11,958,368,216 11.958
    2. United States of America 96 24,594 10,267,683,397 10.267
    3. Singapore 288 25,252 6,604,400,901 6.604
    4. Germany 78 5,526 5,152,296,817 5.152
    5. Korea, Rep. 91 5,239 1,982,472,612 1.982
    6. China 87 6,707 1,754,264,039 1.754
    7. United Kingdom 88 6,151 1,589,453,596 1.589

     

    Sumber : MIDA

     

    Berdasarkan statistik projek perkilangan yang diluluskan di Negeri Selangor, Industri Pembuatan Barangan Elektrik dan Elektronik mencatatkan jumlah pelaburan modal asing tertinggi berjumlah RM 20,494,192,99 (RM 20.494 bilion). Antara industri-industri yang melibatkan penyertaan pelaburan asing yang diluluskan di Negeri Selangor bagi tempoh 2000 hingga Ogos, 2013 adalah seperti berikut;-

     

    Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) (RM

    Bilion)

    Electronics & Electrical Products  

    513

     

    69,130

     

    20,494,192,998

     

    25,193,870,087

     

    25.193

    Non-Metallic Mineral Products 98 5,514 4,777,995,653 5,713,016,700 5.713
    Food

    Manufacturing

    292 22,511 4,764,439,648 8,983,247,073 8.983
    Chemical & Chemical Products  

    299

     

    12,392

     

    4,251,157,946

     

    9,404,284,294

     

    9.404

     

     

     

    Industri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM) (RM

    Bilion)

    Basic Metal Products 173 11,663 3,584,528,802 10,721,265,112 10.721
    Transport

    Equipment

    452 37,046 3,219,776,002 15,966,125,734 16.000
    Machinery & Equipment 490 25,361 2,737,950,839 6,139,647,285 6.140
    Fabricated Metal Products 404 21,194 1,637,587,382 4,063,902,537 4.064
    Plastic Products 315 17,356 1,621,160,366 4,049,386,511 4.049
    Paper, Printing & Publishing 111 8,221 1,564,638,023 4,479,099,691 4.480
    Rubber Products 150 21,800 1,203,431,641 4,075,791,021 4.080
    Petroleum Products (Inc. Petrochemicals)  

    40

     

    1,374

     

    854,490,151

     

    1,195,211,054

     

    1.200

    Scientific & Measuring Equipment  

    94

     

    8,400

     

    579,496,700

     

    1,601,628,914

     

    1.601

    Textiles & Textile

    Products

    101 9,030 521,451,998 1,270,587,449 1.270
    Beverages & Tobacco 16 1,910 371,230,773 644,334,419 644

    juta

    Miscellaneous 75 5,013 304,005,189 889,273,130 889

    juta

    Wood & Wood Products 106 6,662 228,914,203 1,119,192,609 1.120
    Furniture &

    Fixtures

    201 20,109 224,737,962 1,277,812,602 1.280
    Leather & Leather Products 2 522 0 48,351,400 48 juta
    Jumlah 3,932 305,208 52,941,186,276 106,836,027,622 106.84

     

    Sumber : MIDA

Lampiran

Tiada Lampiran.