Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
209) SISTEM SALIRAN DAN MASALAH HAKISAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan berapakah peruntukan yang disalurkan untuk kerja-kerja menyelenggara sistem saliran dan perparitan di Dun Sekinchan sejak 3 tahun yang lalu ?
Secara keseluruhannya, pihak JPS membelanjakan lebih kurang RM500,000 hingga RM600,000 setahun untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan bagi kawasan Sekinchan dan Sg. Leman.
-
Sila nyatakan apakah kaedah yang digunapakai oleh kerajaan dalam usaha mencegah masalah hakisan yang berlaku tebing-tebing parit dan longkang ?
Hakisan tebing parit dapat dikawal dengan mengguna pakai struktur seperti kayu bakau dan batang kelapa. Walaubagaimanapun, kaedah penggunaan struktur yang lebih kukuh seperti ‘gabion’ dan ‘geobag’ akan digunapakai mengikut kesesuaian keadaan tanah dan tempat.
-
Sila nyatakan bilakah pihak Kerajaan akan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf dan membina tebing konkrit longkang Parit 6 Sekinchan yang sering dilanda masalah hakisan tebing yang kritikal ?
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor mengambil serius terhadap masalah hakisan tebing yang berlaku di Parit 6 Sekinchan. Justeru itu, memandangkan hakisan tebing tersebut semakin kritikal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Selangor sedang mengambil langkah-langkah penyelenggaraan terhadap isu hakisan tersebut dengan mengadakan kerja-kerja penstabilan tebing parit bergantung kepada peruntukan sedia ada.