Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
208) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan negeri terhadap cadangan tersebut?
Perancangan Kerajaan Negeri ialah kini semua PBT telah diberi tempoh selama dua (2) bulan iaitu sehingga Ogos 2013 bagi menyediakan rangka kerja cadangan perkhidmatan pengangkutan awam percuma. Namun, sejak tahun 2008, MBPJ merupakan PBT yang pertama menyediakan perkhidmatan bas komuniti kepada penduduk di kawasan pentadbiran MBPJ yang berpendapatan rendah dan warga emas. Perkhidmatan ini diberikan dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2.30 petang dan bas memuatkan kapasiti seramai 30 orang.
-
Bagaimanakah sumber kewangan untuk menampung kos diperlukan?
Kerajaan Negeri sedang mengkaji sumber kewangan bagi melaksanakan pengangkutan awam percuma kerana kos pelaksanaannya amat tinggi. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkaitan peruntukan operator bas iaitu Interim Stage Bus Support Fund atau ISBSF bagi menampung kos pelaksanaan bas percuma di kawasan bandar-bandar utama negeri ini.