Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

192) KEMISKINAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan statistik kemiskinan, kemiskinan bandar dan kemiskinan papa kedana Negeri Selangor

    Berdasarkan kepada bancian yang dibuat pada tahun terakhir 2007, 30% (1,530,629 orang) penduduk di Negeri Selangor berpendapatan kurang dari RM1,500.00 dari jumlah populasi di Negeri Selangor sebanyak 5,070,000. Daripada jumlah tersebut, 87.6% (1,340,831 orang) penduduk tergolong dalam kemiskinan bandar.

  2. Nyatakan lokasi-lokasi tempat tinggal golongan miskin ini.

    Buat masa ini, tiada bancian khas dilaksanakan untuk mengenal pasti taburan dan lokasi penduduk miskin di Negeri Selangor. Walau bagaimana pun, berdasarkan Laporan Agihan Bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Selangor, taburan asnaf fakir dan miskin bagi tahun 2011 dan 2010 adalah seperti berikut :-

    TABURAN ASNAF FAKIR MENGIKUT DAERAH

    Daerah Bilangan Keluarga
    2011 2010
    Hulu Langat 1,568 1,863
    Kuala Selangor 1,525 2,192
    Hulu Selangor 1,178 1,277
    Kuala Langat 1,016 1,456
    Klang 679 686
    Gombak 669 1,011
    Petaling 600 494
    Sepang 202 107
    Sabak Bernam 93 280
    Desa Ehsan 117 64
    Jumlah 7,647 9,430

    TABURAN ASNAF MISKIN MENGIKUT DAERAH

    Daerah Bilangan Keluarga
    2011 2010
    Hulu Langat 2,080 2,188
    Kuala Selangor 1,260 1,556
    Hulu Selangor 964 919
    Kuala Langat 1,049 1,085
    Klang 1,670 1,625
    Gombak 1,235 1,310
    Petaling 2,489 1,621
    Sepang 462 546
    Sabak Bernam 2,543 2,972
    Desa Ehsan 321 236
    Jumlah 13,983 14,058

Lampiran

Tiada Lampiran.