Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

184) ALAM SEKITAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah agresif kerajaan untuk melaksanakan transisi penggunaan beg plastik yang berasaskan plastik sukar lupus kepada yang mudah lupus (biodegradable)?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri hanya mengambil langkah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik di Negeri Selangor dengan melaksanakan Kempen ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada setiap hari Sabtu di semua pusat membeli-belah, kedaikedai secara individu dan juga restoran-restoran yang telah menandatangani deklarasi dengan Kerajaan Negeri.

  2. Apakah tindakan kerajaan dalam memastikan program ÔLocal Agenda 21Õ dilaksanakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun 2008-2013 dan sejauh mana kejayaannya?

    Tindakan Kerajaan Negeri dalam memastikan program ‘Local Agenda 21’ dilaksanakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dengan mengadakan mesyuarat berkala bagi mendapatkan status pelaksanaan dan maklum balas program melalui Mesyuarat Khas LA21 yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor.

    Antara program yang telah dilaksanakan di bawah LA21 di PBT adalah seperti berikut:

    1. Mensyaratkan dan menggalakkan kepada pihak pemaju melaksanakan inisiatif-inisiatif hijau semasa di peringkat pengurusan tapak bina, reka bentuk dan pelaksanaan projek contohnya di Majlis Perbandaran Sepang.
    2. MPSJ telah berjaya merapatkan hubungan dan kerjasama penduduk untuk mencapai visi MPSJ sebagai Kota Niaga Kediaman Idaman dan turut menubuhkan Jawatankuasa Bandar Selamat yang membincangkan pelbagai program LA21.

Lampiran

Tiada Lampiran.