Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
152) TANAH TAPAK PERSEKOLAHAN SRJK(C)
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam membekalkan tanah sebagai tapak persekolahan SRJK (C) di DUN Teratai dalam tahun 2013 Ð 2014?
Pada masa kini pihak Kementerian Pelajaran memfokuskan kepada pembinaan sekolah kebangsaan yang dapat diikuti oleh semua kaum sesuai dengan tujuan untuk perpaduan kaum. Walau bagaimana pun, Kerajaan Negeri tiada halangan dalam meluluskan permohonan bagi tujuan tapak sekolah SRJK(C) di DUN Teratai tertakluk kepada kelulusan Kementerian Pelajaran. Di sekitar bandar Ampang tiada lagi tanah kerajaan bagi tujuan tapak sekolah. Tapak-tapak sekolah sedia ada adalah serahan tanah kepada kerajaan oleh pemaju-pemaju perumahan dan diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menjadikan kawasan lapang tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju dan/atau di Jalan Saga 24, Taman Saga sebagai tapak persekolahan SRJK(C)?
i) Lot 44138 , Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju Ampang
Semakan ke atas pelan tataatur yang diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor bertarikh 1/11/1997 tapak merupakan rizab sekolah bersepadu.
Tapak tersebut juga telah dizonkan bagi kegunaan pendidikan (sekolah menengah) di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (BPK 1.6).
Walau bagaimanapun, merujuk surat Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat bertarikh 26 April 2011 (dilampirkan) , tapak tersebut bukan merupakan rizab sekolah bersepadu sebaliknya adalah tanah hak milik syarikat PAPPOS Development Sdn. Bhd.
ii) Jalan Saga 24 , Taman Saga
Semakan ke atas pelan tataatur yang diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD) Selangor bertarikh 8/10/1988, tapak merupakan rizab sekolah.
Tapak tersebut juga dizonkan bagi kegunaan pendidikan (Sekolah Menengah) di dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2020 (BPK 1.5).