Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

148) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat pelaksanaan tabung ini?

    Matlamat Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan wanita dalam fokus kewangan, kesihatan, ekonomi, keselamatan dan taraf hidup mereka.

  2. Bagaimanakah mekanisme pemberiannya agar dapat dinikmati oleh semua wanita yang layak?

    Ada sebelas golongan wanita yang melibatkan suri rumah, wanita muda, wanita luar bandar dan ladang, wanita perindustrian, wanita warga emas, wanita miskin, remaja perempuan, wanita bekerja & sektor informal, ibu tunggal, wanita orang asli dan OKU.

    Keperluan wanita dari sudut pendidikan, ekonomi, undang-undang & keselamatan, kesihatan, keagamaan, kekeluargaan dan lalin-lain lagi diambil kira dalam menentukan pengagihan yang adil dan saksama.

    Manafaat yang akan ditawarkan nanti akan disalurkan terus kepada wanita yang layak menerusi program-program yang telah dan akan dirancang seperti mempergiatkan penambahan modal perniagaan kepada 20% ibu tunggal yang sedia mempunyai perniagaan sendiri.

    Ibu-ibu tunggal boleh mendaftar di pusat-pusat khidmat ADUN. Mereka akan dipanggil untuk menjalani satu temuduga selepas siasatan latar belakang mereka disahkan bahawa mereka adalah ibu tunggal yang layak dan mempunyai perniagaan yang sah.   Kejayaan dalam temuduga tersebut akan memberikan ibu tunggal tersebut kelayakan mendapat tambahan modal skim mikrokredit dari kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.