Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

146) TANAH RUNTUH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk meng

    Bagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di jalan negeri dan persekutuan, pihak kerajaan negeri telah menjalankan kerja pembaikan dan pelaksanaan projek adalah secara sebutharga dan tender terbuka. JKR sentiasa memantau keadaan cerun-cerun jalan di bawah seliaan JKR bagi memastikan cerun-cerun tersebut berada dalam keadaan selamat.

  2. Sila nyatakan peruntukan yang telah dibelanjakan untuk membaikpulih dan menyelenggara jalan-jalan negeri yang rosak akibat tanah runtuh terutamanya di Dusun Tua.

    • Membaikpulih Cerun Runtuh dan Kerja-kerja Berkaitan di  Jalan-jalan dalam Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan

    Kos : RM 1,095,000.00

    Tarikh Mula : 1 Disember 2012

    Tarikh Siap : 24 Mei 2013 Status : Siap

    • Membaikpulih Cerun Runtuh dan Kerja-Kerja Berkaitan

    Di KM 2.60, KM 3.60, KM 4.28 dan KM 4.30 Di Laluan Negeri B62 Jalan Ampang-Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.

    Kos : RM 1,170,768.18

    Tarikh Mula : 18 Oktober 2011

    Traikh Siap : 10 Ogos 2012 Status : Siap

    • Membaikpulih Cerun di KM 3.7 Di Laluan Negeri B62 Jalan AmpangHulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Kos : RM 500,000.00

    Status : Dalam Pembinaan (Jangka siap Oktober 2013 )

    Sebutharga Daerah Hulu Langat

    • Kerja-Kerja Membaikpulih Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Tekali

    (Laluan B116) Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

    Kos : RM1,988,928.00

    Tarikh Mula : 28 Mac 2013 Tarikh Siap : 18 Julai 2013

    Status : Dalam Pembinaan

    • Kerja-Kerja Membaikpulih Tanah Runtuh Di Jalan Sungai Lalang

    (Laluan B19) Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

    Kos : RM7,052,340.00

    Tarikh Mula : 10 Jun 2013

    Tarikh Siap : 6 Januari 2014

    Status : Dalam Pembinaan

Lampiran

Tiada Lampiran.