Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

139) KES SALAHGUNA DADAH

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa jumlahkah penagih dadah di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012?

    Jumlah penagih dadah yang dikesan di seluruh Negeri Selangor pada tahun 2010, 2011 dan 2012 adalah seperti berikut:

    TAHUN 2010 2011 2012
    *PENAGIH YANG BARU

    DIKESAN

    4,377 4,291 3,752
    **PENAGIH BERULANG 2,371 2,333 2,160
    JUMLAH 6,748 6,624 5,912

    * Penagih yang dikesan kali pertama

    ** Penagih yang pernah dikesan sebelum ini

  2. Sila kategorikan menurut kumpulan umur.

    Kategori Penagih Dadah yang dikesan di Negeri Selangor mengikut peringkat umur adalah seperti berikut:

    TAHUN 2010 2011 2012
    < 30 TAHUN 2,928 2,975 2,890
    30 – 50 TAHUN 3,251 3,102 2,562
    51 TAHUN KE ATAS 537 516 431
    TIADA MAKLUMAT 32 31 29
    JUMLAH 6,748 6,624 5,912

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.