Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
136) JUMLAH PERUMAHAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah unit rumah dan kategori yang dibina oleh kerajaan negeri sepanjang tempoh 2008 Ð 2012?
Sejak tahun 2008 hingga 2012 jumlah rumah kos rendah yang dibina di Negeri Selangor adalah sebanyak 3,617 unit. Senarai projek yang terlibat adalah seperti berikut:
Jayacorp Sdn Bhd Taman Desiran Melawati Selesa Ilham Sdn. Bhd. Kuala Selangor 68 Jumlah 3,617 -
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menangani masalah pemilikan rumah oleh rakyat Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi membina rumah mampu milik dalam tempoh 5 tahun dan membina rumah mampu milik yang berkualiti pada keluasan minimum 800kps di bawah harga RM150,000.00. Kerajaan Negeri juga menyediakan skim pembiayaan kepada golongan yang tidak layak mendapat pembiayaan daripada pihak bank untuk membeli rumah dengan peruntukan RM250 juta untuk tempoh 5 tahun atau RM50 juta setahun