Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
118) KESESAKAN JALAN RAYA DI DUSUN TUA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan-jalan negeri di Selangor sepanjang tahun 2009- 2012?
Jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf jalan-jalan negeri di Selangor sepanjang tahun 2009 – 2012 ialah RM 352,346,607.02
-
Apakah usaha-usaha kerajaan negeri untuk menyediakan jalan-jalan alternatif di Dusun Tua untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan utama di Dusun Tua terutama pada waktu puncak?
Bagi penyelesaian jangka masa pendek, lampu isyarat di persimpangan persimpangan yang berkenaan akan diselaraskan dengan menggunakan sistem ‘Greenwave’ bagi membolehkan perjalanan yang lancar untuk kenderaan di laluan utama.
Bagi penyelesaian jangka masa panjang, Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat untuk pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) sepanjang 24km yang menghubungkan Sungai Long dan Ukay Perdana.