Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
117) HUTAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila perincikan senarai hutan simpan dan hutan lipur di Negeri Selangor mengikut badan pengawal hutan tersebut.
Pada masa kini terdapat 70 hutan simpanan kekal di seluruh Negeri Selangor dengan jumlah keluasan lebih kurang 250,129 ha atau pun 31.39% daripada keluasan Negeri. Sementara itu, terdapat 10 hutan lipur yang mana ianya diurus oleh pelbagai agensi iaitu Jabatan Perhutanan, Tourism Selangor Sdn. Bhd., JKK Kampung Sungai Lui dan Majlis Perbandaran Selayang.
Maklumat Tambahan – Seperti di Lampiran 1 (Hutan Simpan) dan Lampiran 2 (Hutan Lipur)
MAKLUMAT TAMBAHAN
Senarai Hutan Simpanan Kekal yang terdapat di dalam Negeri Selangor.
Bil. Hutan Simpan Bil. Hutan Simpan 1. HSK Ampang Pecah 36. HSK Ulu Gombak (TI) 2. HSK Ampang 37. HSK Ulu Langat 3. HSK Ayer Itam 38. HSK Ulu Selangor 4. HSK Ayer Itam (T) 39. HSK Raja Musa 5. HSK Batang Kali 40. HSK Kuala Langat (S) 6. HSK Bukit Belata 41. HSK Kuala Langat (S) (T) 7. HSK Bukit Belata (T) (Bukit Tunggal) 42. HSK Kuala Langat (S) (T) 8. HSK Bukit Belata (T II) 43. HSK Kuala Langat (U) 9. HSK Bukit Cherakah 44. HSK Sg. Karang 10. HSK Bukit Cherakah (T) 45. HSK Banjar Utara 11. HSK Bukit Jugra 46. HSK Banjar Utara (T) 12. HSK Bukit Jugra (T) 47. HSK Jugra Kompok 1 13. HSK Bukit Kutu 48. HSK Jugra Kompok 2 14. HSK Bukit Lagong 49. HSK Kapar 15. HSK Bukit Sungai Puteh 50. HSK Kapar (T) 16. HSK Bukit Sungai Puteh (T) 51. HSK Kuala Bernam 17. HSK Bukit Tarek 52. HSK Pulau Che Mat Zain 18. HSK Bukit Tarek (T) 53. HSK Pulau Che Mat Zain (T) 19 HSK Bukit Tarek (T II) 54. HSK Pulau Kelang 20. HSK Gading 55. HSK Pulau Kelang (T) 21. HSK Kanching 56. HSK Pulau Ketam 22. HSK Kota Damansara 57. HSK Pulau Pintu Gedong 23. HSK Rantau Panjang 58. HSK Pulau Rusa 24. HSK Rantau Panjang (T) 59. HSK Pulau Selat Kering 25. HSK Semangkok 60. HSK Pulau Selat Kering (T) 26. HSK Semangko (T) 61. HSK Pulau Selat Mahang 27. HSK Serendah 62. HSK Pulau Selat Meriam 28. HSK Sungai Buloh 63. HSK Pulau Tengah 29. HSK Sungai Dusun 64. HSK Pulau Tengah (T) 30. HSK Sungai Jeloh 65. HSK Pulau Tonggok 31. HSK Sungai Lalang 66. HSK Sepang 32. HSK Sungai Lalang (T) 67. HSK Sepang Kechil 33. HSK Templer 68. HSK Sepang Kechil (T) 34. HSK Ulu Gombak 69. HSK Telok Gadong 35. HSK Ulu Gombak (T) 70. HSK Telok Gadong (T) Nota :
(T) – Tambahan (U) – Utara (S) – Selatan
MAKLUMAT TAMBAHAN
Senarai hutan hutan lipur mengikut badan pengawal
Bil. Hutan Lipur Daerah Hutan Tahun Ditubuhkan Agensi Pengurusan 1. Hutan Lipur Sungai Tekala Hulu Langat 1982 JPNS 2. Taman Rimba Ampang Gombak 1983 JPNS 3. Hutan Lipur Kanching Gombak 1987 TSSB 4. Air Terjun Sungai Gabai Hulu Langat 1990 JKKK 5. Hutan Lipur Sungai Sendat Hulu Selangor 1991 JPNS 6. Hutan Lipur Sungai Congkak Hulu Langat 1992 TSSB 7. Taman Rimba Komanwel Gombak 1992 JPNS/TSSB 8. Hutan Lipur Sungai Tua Gombak 1993 JPNS 9. Hutan Lipur Gunung Nuang Hulu Langat 1996 JPNS 10. Taman Rimba Templer Gombak 1996 MPS Nota :
JKKK – Jawatankuasa Kemajuan Kampung JPNS – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor MPS – Majlis Perbandaran Selayang TSSB – Tourism Selangor Sdn Bhd
-
Sila perincikan hutan simpan yang telah dibatalkan warta untuk tujuan pembangunan dari 2003 sehingga 2013.
Dalam tempoh 2003 sehingga 2013, 12 kawasan hutan telah dimansuhkan untuk tujuan pembangunan yang melibatkan kawasan lebih kurang 4,936.08 ha. Walau bagaimana pun, tiada proses pemansuhan dibuat sepanjang tahun 2012 hingga 2013.
Maklumat Tambahan-Seperti di Lampiran 3
MAKLUMAT TAMBAHAN
Senarai hutan simpanan kekal yang telah dibatalkan untuk tujuan pembangunan dari tahun 2003 sehingga 2013.
Bil. Hutan Simpan Keluasan (HA) Tarikh Pembatalan Tujuan 1. Rawang 25.72 13/03/2003 Pembangunan untuk kediaman & perniagaan 2. Sungai Karang 347.02 13/03/2003 MRSM dan klinik kesihatan 3. Bukit Lagong 530.06 4/8/2005 FRIM 4. Ayer Hitam 22.26 25/5/2006 Tanah Perkuburan 5. Bukit BelataTambahan 1,901.10 11/10/2007 FELDA 6. Bukit Tarek 965.14 27/9/2007 Pertanian 7. Jugra Kompok I 95.13 2008 Perkampungan Melayu 8. Jugra Kompok II 456.00 2008 Pertanian 9. Kuala Langat Selatan Tambahan 526.00 12/1/2009 Pertanian 10. Kuala Langat Utara 63.54 24.6.2010 Lebuhraya ELITE 11. Bukit Sungai Puteh 0.95 24.6.2010 Perkuburan Islam 12. Bukit Lagong 3.16 2011 Lebuhraya SKIPP Jumlah 4,936.08